:: UsIa PeRjAlAnAn RuMaHtAnGgAkU ::

Daisypath Anniversary tickers

15 July 2009

:: KeMbALInYA Ke RAhmAtuLLAH Tok AkU PaDa 13 JUlaI 2009 BerSamaaN 20 RejAB 1430 ::


Hari Khamis minggu lepas jam 5.10 ptg. mak kau telefon kata tok aku tengah tenat. Terus aku telefon hubby cakap tok dah tenat. Lepas balik keje kemas rumah dan pack baju kitorang terus balik bil ahubby sampai umah. Masa otw aku nak balik aku telefon mak, mak kata dah ok sebab dah masukkan air. But aku ngan hubby still meneruskan jugak perjalanan balik ke kampung, aku doa-doa biarlah aku sempat jumpa tok sebelum dia pergi meninggalkan kami.

Aku sampai kat kampung jam 2.00pg. Aku tengok tok terbaring kat atas katil, masa tu aku dah rasa semacam. Dah nampak macam dia dah nak pegi... Besok pagi kitorang bangun, nampak tok macam segar sikit, mungkin sebab semalam dah masukkan air so dia kuat sikit but still tak bangun cuma mengiring jer boleh. Masa aku ngan mak nak bawak dia g mandi sebab badan dia panas sangat. dia sempat cakap dia tak nak p hospital. Aku pun kata bukan nak p hospital, mandi jer sebab badan tok panas sangat. dia pun angguk. Hari Jumaat tu langsung tak nak makan, minum air jer.

Hari sabtu, sebelum mandi aku tengok tok aku. dia panggil cakap nak makan buah epal. mak aku pun bagi dia makan. hari sabtu tu kerap jugak dia makan walaupun sikit-sikit. Hari Ahad aku nak balik, Aku tanya mak tak per ker kalau aku balik. Mak kata tak per sebab aku dah jumpa dia, lagipun tak tahu berapa lama dia nak sakit camtu. kan orang tua... sakit tua... Sebelum aku balik dia cakap nak mengiring dan suruh aku gosok belakang dia... aku pun gosok kejap... sebelum balik tu aku dah minta ampun dan maaf takut tak sempat jumpa lagi...

Aku lama dok dengan tok... dari aku darjah 2 hingga aku tingkatan 5... memang kitorang adik beradik semua dok dengan tok dan tokwan. Sebab dulu kalau dok dengan mak nak pi sekolah jauh. So tokwan suruh dok dengan diorang. So banyaklah kenangan kitorang sepanjang duduk ngan diorang.

Malam Isnin aku tak dapat tido, aku dah dekat Putrajaya. Pukul 12.05mlm Mak Su call cakap Tok dah takder. Mak kata tak payah balik sebab dah balik. Pagi tu aku telefon mak tanya kebumikan pukul berapa. Hari Selasa 14hb. Julai 12.00tgh selamatlah sudah Tok aku dikebumikan dan kembali ke Pencipta-Nya. Semoga Roh Alyarhamah Dicucuri Rahmat HendakNya. Al-Fatihah.

09 July 2009

:: HuBBy MaiN BowLiNG ::

Sabtu lepas (4hb Julai 2009) hubby ada perlawanan bowling Kelab Sukan Dan Rekriasi Indkom (KSKI). Pepagi lagi dah bangun sebab game start kul 10.00pagi kat Ole Ole Shah Alam, ala kat Seksyen 18, Shah Alam jer. Bukan apa pi pekena roti canai dulu... kang nak tunggu game habis lambat, dah tu tak sedia makan pun... so apa-apapun kami sekeluarga isi perut dulu he he he.
Gaya anak Dara dan Terunaku isk isk isk...
Aksi Hubby dan dua penyokong setia... "Abah, Abah, Abah!"
Dah lama sangat menunggu masing-masing dah mintak habuan...
Hubby with her friends...
He he he... No. 1 tu he he he... aku sendiri pun tak caya kah kah kah... apa-apaun tahniah untuk Hubby and the team....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...