:: UsIa PeRjAlAnAn RuMaHtAnGgAkU ::

Daisypath Anniversary tickers

31 October 2011

:: KL Bird ParK MaLaYsiA - FM ::



KL BIRD PARK MALAYSIA

Ticket Price:-

Untuk Pemengang MYKAD
Dewasa : RM 20
Kanak-Kanak : RM 10

"90 Peratus Peserta MasterChef Malaysia Tak Pandai Masak" - Chef Wan




Sudahkah anda menonton program realiti masakan MasterChef Malaysia yang sedang ditayangkan di saluran Astro ketika ini? Jika sudah, apa pendapat anda? Pasti ada yang teruja dan pasti ramai juga yang tertanya-tanya bagaimana pemilihan peserta dibuat.

Daripada cakap-cakap yang sampai ke pengetahuan GUA, ada penonton yang berpendapat peserta yang terpilih tidak boleh memasak seperti peserta-peserta MasterChef versi luar negara. Bahkan, tidak mampu menyaingi kehebatan peserta Junior MasterChef Australia.

Pendapat ini mungkin tidak berasas kerana ia bukan pandangan pakar. Tetapi GUA sudah mendapat komen daripada tukang masak bertaraf antarabangsa, Chef Wan berhubung isu ini. Jelas Chef Wan, dia bersetuju dengan penonton.

“Setelah menonton sendiri program itu, saya berpendapat 90 peratus daripada peserta memang tidak berbakat. Kalau orang yang pandai masak, mereka tidak perlu lagi diajar perkara-perkara asas dalam memasak. Ini saya tengok, ramai yang terkial-kial. Hendak guna pisau yang betul untuk memotong bahan-bahan dapur pun masih ada yang tidak tahu.

Setakat ini tidak ada lagi persembahan makanan yang boleh membuka selera saya. Semuanya tidak menjadi. Kalau kita tengok versi Australia, persembahan mereka sahaja sudah boleh membuatkan kita terliur,” ujar Chef Wan ketika ditemui baru-baru ini.

“Saya beri komen ini bukan kerana tidak puas hati saya tidak menjadi juri tetap dalam program ini atau hendak menjatuhkan sesiapa, tetapi saya mahu kesilapan ini diperbaiki pada masa akan datang. Mana tahu selepas musim pertama ini akan ada MasterChef Malaysia musim kedua. Apa yang saya luahkan ini adalah luahan yang sama daripada peminat-peminat di laman Facebook milik saya. Bukan sengaja hendak cari kelemahan orang Melayu, tetapi saya tidak mahu mereka diketawakan.

Saya cadangkan kepada produksi supaya menjalankan pemilihan yang ketat. Pastikan mereka benar-benar berbakat. Memang rancangan ini untuk amatur, tetapi janganlah sehingga tidak pandai masak. Penonton sendiri boleh menilai sama ada orang itu pandai memasak atau tidak. Biar ambil masa yang lama untuk sesi ujibakat, asalkan hasilnya tidak mengecewakan,” tambah Chef Wan lagi.

Sumber : Gua.com.my

29 October 2011

Siti Nurhaliza Ada Sebab Jadi Juri Tetap MLM


Sebaik Datuk Siti Nurhaliza diperkenalkan sebagai salah seorang juri tetap program Maharaja Lawak Mega(MLM) pada malam kelmarin, ramai yang tertanya-tanya mengapa Siti bersetuju untuk menerima tanggungjawab itu sedangkan sebelum ini banyak tawaran ditolak.

Bukanlah menjadi kesalahan untuk Siti menggalas jawatan juri tetap di MLM, tetapi persoalannnya, mengapa memilh program yang tidak ada kena dengan nyanyian?

Menjawab persoalan itu, Siti yang ditemui selepas MLM bersiaran malam tadi memberitahu, beliau sebenarnya berasa terkejut apabila pihak Astro menghubunginya untuk berbincang tentang tanggungjawab terbarunya itu. Ini kerana beliau bimbang tidak boleh memberi komen yang baik memandangkan lawak jenaka bukanlah kepakarannya.

“Pada mulanya memang Siti rasa tidak yakin untuk terima tawaran ini sebab Siti bukannya pandai tentang lawak jenaka. Tetapi, pihak Astro beritahu itu adalah sebab utama mereka memilih Siti. Mereka mahu barisan juri tetap ini tidak ada kena-mengena dengan lawak jenaka atau komedi. Mereka mahu komen yang jujur mewakili penonton yang juga tidak arif tentang lawak jenaka.

Setelah difikir-fikirkan, Siti sedia terima tugas ini. Lagipun Siti memang mengikuti program komedi ini iaitu sejak musim Raja Lawak. Siti suka tengok sebab ia menghiburkan dan boleh menghilangkan tekanan setelah sentiasa sibuk dengan jadual kerja yang padat,” ulas Siti.

Siti juga menafikan jadual kerjanya menjadi sedikit terjejas kerna terpaksa memberi komitmen kepada MLM. Jelas sahabat baik Krisdayanti ini, sebelum bersetuju beliau telah pun berbincang dengan pengurusnya, Rozi Abdul Razak, dan kebetulan pada setiap malam Jumaat beliau tidak terikat dengan sebarang komitmen lain.

Mengulas MLM secara keseluruhan, Siti berpendapat program ini sangat bagus kerana ia menggabungkan peserta-peserta terbaik daripada tiga buah negara iaitu Malaysia, Thailand dan Singapura.

“Dengan adanya program sebegini kita boleh melihat bagaimana pelawak-pelawak lebih senior dan berpengalaman menggarap idea mereka. Kalau kita lihat tadi (kelmarin), kebanyakkan yang senior lawak mereka lebih bersahaja. Dengan idea yang ringkas mereka dapat membuat penonton ketawa.

Selain itu, kita juga boleh melihat cara dan gaya pelawak-pelawak dari Singapura dan Indonesia. Ada bezanya, tetapi tetap menghiburkan,” tambah Siti lagi.

Sumber : Gua.com.my

:: AngRy BirD - KeyChain n FridGe MagNeT ::

Petang sabtu bershopping barang dapur di MYDIN USJ... Entah apa yang aku pk, x byk brg aku beli hari nie. Coz kebanyakkan barang masih ada stok dirumah. So just beli apa yang perlu jer.


Mydin USJ


Aku beli keychain nie sebab nak bubuh keychain kat kunci spare untuk hubby hehehehhe


Ini yang kujumpa akhirnya, menambah lagi koleksi FM dirumahku...
LOVELY...

28 October 2011

PANAS!!! Ayu Raudhah Keguguran



Impian pasangan selebriti Ayu Raudhah dan Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak untuk menimang cahayamata sulung berkecai apabila pelakon filem ‘4 Madu’ itu mengalami keguguran tiga hari lepas. Ayu yang hamil enam minggu disahkan keguguran selepas empat hari dimasukkan ke Pusat Perubatan Subang Jaya sejak 22 Oktober lalu.

Biarpun berita gembira kehamilan Ayu baru tersebar minggu ini, namun nampaknya rezeki tidak berpihak kepada pasangan muda ini. Ayu mengalami pendarahan ketika menjalani penggambaran drama ‘Gemersik Kalbu’ untuk slot Akasia TV3.

“Ya, saya mengandung enam minggu tapi sekarang dah tak ada lagi. Saya baru gugur tak sampai seminggu. Mulanya saya tak tahu saya mengandung sebab bila periksa, keputusannya negatif. Saya sekali lagi membuat ujian kehamilan dan doktor akhirnya mengesahkan saya hamil. Ketika itu garisan di alat ujian kehamilan menunjukkan dua garisan, di mana satu lagi samar-samar. Doktor beritahu kandungan saya mungkin tak kuat.

“Masa saya tahu saya mengandung, Zaquan orang yang paling gembira. Bila gugur, kesian kat dia sebab dia yang paling teruja, berganda-ganda dari saya. Tapi nak buat macam mana, dah tak ada rezeki. Bila disahkan mengandung, keesokan harinya saya pergi menjalani penggambaran drama, ‘Gemersik Klabu’. Waktu itu saya ‘turun darah’. Saya terus pergi ke hospital. Empat hari selepas berada di hospital, baru saya disahkan gugur. Tak ada rezeki, tak apalah. Mungkin itu yang terbaik,” ujar Ayu ketika dihubungi sebentar tadi.

Apabila ditanya adakah gosip keretakan rumahtangganya baru-baru ini menyebabkan dia tertekan sehingga mengalami keguguran, Ayu memberitahu, “Tak adalah. Tak ada efek pun orang cakap macam tu. Alhamdulillah, saya bahagia sangat-sangat dengan suami.

“Kami langsung tak gaduh. Malah dia yang banyak pujuk dan kuatkan semangat saya selepas keguguran ini. Tiap-tiap malam dia teman saya di hospital walaupun sekarang dia sedang sibuk berlatih untuk perlawanan akhir Piala Malaysia esok. Saya tak hirau apa orang nak cakap tapi kami sangat bahagia,” kata Ayu yang akan menyambung penggambaran ‘Germersik Kalbu’ esok.


Sumber : GUA.com

:: BuRgeR KiNg - BK DoUBleS MusHrooM SwIss ::


My Lunch Today...



Aku x puas hati sebab daging burger aku hangit kerana terlebih grill... eeee... geram betul... tapi sbb malas nak g komplen n banyak lagi rencana lain so telanlah jugak...

My lunch partner... K. Fie n Wawa

:: ARL BowL AlMaNdA - Di TenGahari JuMAaT ::

Ditengahari jumaat yang kekurangan aktiviti... so we all decide mengisi masa lunch kitorang yang panjang nie dengan membaling bola boling di ARL BOWL ALAMANDA, PUTRAJAYA. Actually kitorang melepaskan geram sebab game lepas kitorang :(... hehehehehe





Sebelum balik tangkap gambar dulu..



27 October 2011

:: HANYA SamPAi DiSiNI - AbbY AbAdi N ZUL ::


Nak tahu lebih lanjut dan jelas... baca sendiri ek kat blog Abby nie... http://absolutelyabbyabadi.blogspot.com/

Shark Night 3D Trailer 2011 HD on 3 Nov 2011


JOM TENGOK WAYANG... CAM BEST JEK...

:: VieW FrOm My BalConY @ PreSint 11 ::

Hujan petang di PUTRAJAYA... memang dah sekarang nie musim hujankan... Nie view dari balkoni umahku dalam panorama hujan renyai-renyai...


:: PiZZa HuT - 7 CheeSe ::




Nyum, nyum, nyum jom layan... dah tak tahu nak makan menu apa... so this menu for our lunch...
To my Laling... nanti kita date 2 yer...

Remy Ishak Mengaku Bercinta Dengan Tiz Zaqyah


KUALA LUMPUR: Pelakon drama rantaian popular Nur Kasih, Remy Ishak, 29, mengaku bercinta dengan gandingannya, Tiz Zaqyah, 22.

Remy berkata, dia bukan ingin menyembunyikan hubungan tersebut kepada umum seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak sebaliknya tidak mahu menggembar-gemburkan kepada umum tentang hubungan yang belum tentu menjadi jodohnya.

"Sekarang, saya sedang berpacaran dengan Tiz. Saya tak mahu kecoh kerana kami masih lagi di tahap berkenalan dengan lebih rapat.

"Lagipun, kami tidak mahu orang luar mengharapkan sesuatu dan di penghujungnya jodoh kami tidak panjang.

"Lainlah kalau dah nak kahwin, semestinya saya akan beritahu kepada semua. Bagaimanapun, bagi yang tahu tentang hubungan kami, tahulah, saya tak kisah," katanya yang ditemui di lokasi penggambaran filem muzikal 29 Februari, di Stadium Merdeka.

Kisah hubungan cinta Remy dan Tiz mula menjadi bualan hangat sejak mereka dilihat berpegangan tangan ketika menyaksikan acara MotoGP di Sepang pada tahun lalu dan sering dilihat bersama.

Terbaru, Tiz berjumpa Remy di sebuah lokasi penggambaran dan mereka saling suap-menyuap ketika makan bersama.


Sumber : Mstar Online

:: TelOq IkaN PloTan ::


Teloq ikan Plotan (Mayung) dan Ikan Seludu....
Korang pernah tengok x teloq ikan nie... sedap tau kalau buat gulai(kari) nyum, nyum, nyum... delicious. Klu balik kampung, aku mesti carik teloq ikan nie kat pasar malam. Klu bukan musim dia, susah sangat nak jumpa... klu jumpa buat gulai ikan nyum,nyum,nyum... sehingga menjilat jari...
Cuba korang carik... n try rasa...

25 October 2011

:: KIT KAT LiMIteD EdiTiON FriDGE MAgNEt ::





Jom Beli KIT KAT sebelum kehabisan stock... LOL

:: YasMIN HanI KahWin:::

PENGACARA, pelakon dan bekas penyampai radio Era FM, Yasmin Hani Richardson lega apabila jodohnya dipertemukan dengan Sha'arin Mohammed Razali Wong selepas diijabkabulkan di Duchess Place, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, pada petang Jumaat lalu.

Biarpun bertemu jodoh pada usia 32 tahun tetapi anak kacukan Melayu dan Inggeris ini tidak menganggapnya sebagai terlambat, malah bersyukur dijodohkan dengan Sha'arin yang 15 tahun lebih tua daripadanya.

Menurut Yasmin, dia tidak menganggap jarak usia antaranya dan bekas pemain dram kumpulan Blackrose itu sebagai penghalang cinta yang mereka bina di mana ia kemudiannya berakhir dengan ikatan suami isteri.

"Saya tidak anggap faktor jarak usia sebagai penghalang kerana saya selalu berfikiran positif, apatah lagi saya dapati Sha'arin seorang yang penyayang. Itu adalah kriteria seorang lelaki yang saya impikan untuk dijadikan suami.

"Selain itu, saya juga tertarik dengan suami saya kerana dia seorang yang gemarkan cabaran dan menitikberatkan soal kekeluargaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Hits sewaktu ditemui selepas majlis resepsi di Duchess Place yang diadakan pada sebelah malam, pada hari yang sama pasangan ini dinikahkan.

Pelakon filem Cicak-Man dan Duyung itu bukan setakat tidak mengambil kira soal perbezaan umur, tetapi dia turut bersedia menerima dua anak Sha'arin hasil perkahwinan suaminya itu dengan bekas isteri pertamanya dulu.

Jelas Yasmin, dia tiada masalah berkomunikasi dengan dua anak suaminya itu iaitu Narissa, 25, dan Armand, 23, biarpun jarak usia mereka tidak jauh beza antara satu sama lain, sekali gus menjadi ibu tiri kepada kedua-duanya.

"Sebelum saya dan Sha'arin bernikah lagi saya memang rapat dengan dua anaknya itu. Malah, hubungan saya dengan mereka macam kawan. Dalam hal ini, suami saya banyak menekankan soal perhubungan yang erat dalam keluarga kami.

"Nilai-nilai kekeluargaan itu menyebabkan saya tertarik untuk memilih Sha'arin sebagai suami. Saya bersyukur kerana dipertemukan jodoh sekarang biarpun saya mula terfikir soal jodoh sejak usia 21 tahun lagi," ujarnya.

Pasangan itu diijabkabulkan oleh jurunikah, Ustaz Abdullah Hashim di mana hanya dengan sekali nafas Sha'arin sah bergelar suami Yasmin pada pukul 3.45 petang dengan mas kahwin RM80 dan wang hantaran RM32,000.

Kata Yasmin lagi, dia dan suami sepakat untuk mengadakan majlis resepsi pada hari yang sama selepas diijab kabulkan kerana itu secara tidak langsung, menepis pelbagai gosip kurang enak yang membabitkan percintaan mereka sebelum ini.

Jelas Yasmin, dia enggan melayan gosip-gosip liar yang melanda dirinya sewaktu menjalin hubungan cinta dengan Sha'arin yang pada ketika itu, telah hampir dua tahun berpisah dengan bekas isterinya, aktres Ida Nerina.

Perkahwinan Sha'arin dengan Ida Nerina adalah perkahwinan kali kedua manakala bersama Yasmin, kali ketiga.

"Saya bersyukur kepada Allah kerana akhirnya jodoh saya sampai juga. Walaupun ada terdengar cerita-cerita kurang elok tentang hubungan saya dengan Sha'arin, namun saya tidak mahu ambil endah. Biarlah apa orang hendak kata.

"Kalau dulu orang bertanya saya, bilakah mahu berkahwin? Sekarang ini, apabila sudah berkahwin orang bertanya tidak teringin ke mahu dapat anak dalam masa terdekat ini? Apa yang boleh saya cakap, berilah ruang kepada saya yang baru kahwin ini.

"Bukan setakat belum memikirkan soal itu, malah saya dan Sha'arin pun tidak tahu hendak berbulan madu ke mana.

"Saya tidak mahu terburu-buru dan biarlah semua itu berjalan perlahan-lahan sambil kami menikmati perkahwinan ini," jelasnya.

Selain berlakon filem, Yasmin juga sebelum ini pernah mengacarakan rancangan televisyen seperti Kelab Disney, Ria Sentral, Muzik @ Ria, Pakar Kejelitaan, Sensasi Batik, Pop Sensasi, Dua Dunia dan Layar Lensa.

Sumber : Utusan Online

:: LaDaNg AnggUR SeNdaYAn ::

Wah!!! bestnya g LADANG ANGGUR SENDAYAN. Joint Puspanita BPH, JPM nyer aktiviti melawat ladang anggur... So far g jenjalan jer n then balik opis n kerja semula hehehehe


Nyum...Nyum... Nyum...


Tangkap gambar tepi pun jadiklah
SELENGGARA LADIES... Dibawah rimbunan pohon anggur

05 October 2011

Haruman bunga Coach

COACH memperkenalkan Poppy Flower koleksi haruman terbaru untuk wanita yang berkeinginan tampil dalam gaya penuh romantik.

Koleksi baru ini dihasilkan daripada ramuan yang terdiri dari buah-buahan segar dan bunga-bungaan yang berharuman lembut.

Poppy Flower telah dilancarkan awal bulan ini.

Ia boleh didapati dari jenis Eau de Parfum 100ml RM300, 50ml RM225, 30ml RM170, dual rollerball 17oz RM90 dan Body Lotion 150ml RM150

Tukang Masak Kumpul Wang 10 Tahun Untuk Tunai Haji

GEORGE TOWN: Seorang tukang masak, Rohmah Husin yang menyimpan wang gajinya sejak 10 tahun lepas bersyukur kerana akhirnya dapat menunaikan ibadah haji pada tahun ini.

Rohmah, 63, berasal dari Yan, Kedah yang berkerusi roda kerana tidak boleh berjalan ekoran kakinya bengkak dan sakit jantung berlepas ke tanah suci bersama anaknya, Ahmad Muslim Mustafa, 38.

"Sudah lama makcik mengumpul wang dan tunggu untuk menunaikan haji, bila tahun ini dapat pergi tak tau nak cakap apa... sangat gembira.

"Makcik harap diberikan kesihatan yang baik agar dapat mengerjakan haji dengan sempurna di sana nanti," katanya kepada Bernama ketika ditemui pada Majlis Meraikan keberangkatan 447 Jemaah Kumpulan Pertama Haji Stesen Bayan Lepas, di sini, Rabu.

Majlis itu dihadiri Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas dan isteri Toh Puan Majimor Sharif serta Timbalan Pengarah Gerakan Operasi Haji Tanah Air Ahmad Ruzman Ahmad Rozali.

Sementara itu, Ahmad Ruzman berkata lapan penerbangan membawa jemaah haji ke tanah suci Mekah mula beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di sini, Rabu.

Beliau berkata penerbangan dari LTAPP melibatkan 3,576 jemaah haji zon utara iaitu dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

"Setiap penerbangan yang membawa 447 jemaah itu menggunakan pesawat Penerbangan Malaysia dengan penerbangan terus ke Madinah atau Jeddah. Penerbangan terakhir dari Pulau Pinang pada 19 Oktober ini," katanya. - BERNAMA

Sumber : mstar online

:: PoTonG KuKU ::

Barang siapa yang mengerat kukunya pada:

Hari Sabtu: keluar dari tubuhnya ub...at dan masuk kepadanya penyakit
Hari Ahad: Keluar kekayaan masuk kemiskinan
Hari Isnin: keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Hari selasa: keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
Hari Rabu: keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan
Hari Khamis: keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit
Hari Jumaat: keluar daripadanya dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala

jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. walaupun hanya kuku tapi adalah sebahagian daripada badan kita yang perlu kita hormati. misalnya kerat kuku ada adabnya selain mengikut hari, kita juga perlu buang kuku itu pada tempat yang tidak kotor, sebagaimana yang diajar..seeloknya kita membuang ke tanah kerana kita juga berunsur tanah. bukannya tong sampah sekali pun tong sampah itu bersih


sumber:
Mufakkiratul Mukmin 2009

04 October 2011

Mamat (Sepah) Masih Kabur Penerimaan Maaf Fida

PETALING JAYA: Bekas anggota kumpulan Sepah, Mohd Noor Murad atau Mamat memberitahu masih kabur sama ada kekasihnya, pelakon Fida Ibrahim telah memaafkan dirinya berhubung konflik melibatkan mereka berdua.

Mamat berkata, melalui satu perbualan dengan Fida baru-baru ini, kekasihnya itu telah memaafkannya secara lisan tetapi tidak pasti sama ada ia lahir daripada kejujuran hati pelakon itu atau tidak.

"Saya ada berbincang dengannya mengenai perkara tersebut melalui telefon untuk meminta maaf kepadanya dan Fida secara lisan telah memaafkan saya.

"Namun saya tidak pasti sama ada Fida telah memaafkan saya tulus dari hatinya kerana saya tidak dapat membaca apa yang terkubu dalam dirinya itu. Kami belum pernah berjumpa selepas kejadian itu," ujarnya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.

Mamat sebelum ini secara tidak sengaja telah memuat naik gambar Fida yang menampakkan sebahagian rambut ke akaun Facebook miliknya dan gambar tersebut telah tersebar luas di internet.

Mamat dalam satu kenyataannya sebelum ini kesal dengan kesilapannya itu kerana telah menyebabkan nama baik Fida yang tidak pernah mendedahkan rambutnya di khalayak tercalar.

Dalam sebuah akhbar mingguan Ahad lalu, Fida membuat kenyataan enggan memaafkan Mamat kerana perbuatan tersebut telah mencalarkan maruahnya.

Dalam pada itu, Mamat memberitahu buat masa ini dia tidak mahu mengulas apa-apa mengenai kejadian itu kerana enggan kes tersebut terus panas dengan pelbagai kenyataan balas daripada kedua belah pihak.

"Perkara telah terjadi dan tidak ada apa lagi yang perlu saya katakan. Saya tidak mahu menghangatkan keadaan dan terpulang kepada individu dan masyarakat untuk menilai," ujarnya.

Mamat dalam penjelasannya memberitahu gambar tersebut diambil ketika dia dan keluarganya sedang bercuti di sebuah destinasi yang turut disertai oleh Fida dan beberapa rakan lain.

Menurutnya, semasa gambar tersebut diambil, dia tidak perasan sebahagian rambut kekasihnya itu terdedah kerana tidak memakai cermin mata ketika itu.

:: Penjawat awam mesti berkecuali ::

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
shofi.isa@utusan.com.my

KUANTAN 3 Okt. - Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah bertitah, penjawat awam di negara ini perlu mengekalkan sikap berkecuali dalam melaksanakan tugas mereka.

Titah baginda, penjawat awam yang profesional tidak akan menyokong mana-mana parti politik, sebaliknya hanya menjalankan tugas masing-masing berasaskan dasar yang telah ditetapkan.

"Beta tidak mahu melihat setiap perkara atau tugas yang dibuat oleh penjawat awam dipolitikkan, kerana ini akan menyusahkan rakyat dan melambatkan rancangan serta pelaksanaan program-program pembangunan yang telah dirancang.

"Oleh itu, setiap penjawat awam perlu komited dan mendokong aspirasi kerajaan hari ini," titah baginda pada Majlis Perasmian Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Ke-14 di sini, hari ini.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Tan Sri Jamaluddin Ahmad Damanhuri.

Sultan Ahmad Shah bertitah, setiap penjawat awam perlu beriltizam, membentuk akhlak dan peribadi baik serta mengamalkan daya kerja berkualiti bagi mengekalkan persepsi dan keyakinan rakyat terhadap perkhidmatan awam.

"Beta berpendapat, untuk melihat negara ini terus maju, aman dan program-program pembangunan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik, ia memerlukan penggemblengan tenaga kerja seluruh penjawat awam di negara ini," titah baginda.

Titah baginda, organisasi awam juga hendaklah berubah atau membuat transformasi supaya semua penjawat awam dapat menghayati dan menjiwai peranan ke arah mewujudkan organisasi cemerlang.

"Semua penjawat awam mempunyai peranan untuk memajukan negara supaya Malaysia menjadi negara maju yang berpendapatan tinggi pada 2020," titah baginda.

IIni Sbb Aku Sayang TUN MAHATHIR



* Adakah pemimpin lain yang berani menyuarakan pandangan mereka sebegini... I'm proud of U TUN MAHATHIR...

:: Rahsia Mekah dan Nombor 1.618, SUBHANALLAH ::

1) Nisbah 1.618 ni memang su...dah diakui nisbah yang ajaib dalam rekabentuk kerana rekabentuk yang menggunakan nisbah ni akan jadi cantik di mata manusia. Itulah sebabnya nisbah 1.618 ini dipanggil Nisbah Emas atau Purata Emas.

2)Yang lagi ajaib rupa-rupanya bila diukur, kota Mekah bukan sahaja terletak dengan cantiknya pada nisbah 1.618 di bumi, malah juga berada dalam nisbah ini di Arab Saudi. Kaabah juga ajaib sebab terletak dengan nisbah ini dalam Kota Mekah.

3)Tambah-tambah ajaib lagi bila ayat 96 surah al imran, ada terselit perkataan Mekah di tengah-tengah ayat tu. Ayat ini relevan kerana menyebut tentang Mekah sebagai petunjuk keimanan manusia. Bila di kira huruf sebelum dan selepas perkataan Mekah, ternyatalah perkataan Mekah dalam ayat tu pun terletak dalam Nisbah Emas 1.618....

Mekah adalah pusat Bumi

Para angkasawan NASA telah menemui bahawa Bumi seperti mengeluarkan seakan radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayang nya 21 hari kemudian website tersebut hilang, seperti ada suatu yang tidak kena.

Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, secara tepatnya berasal dari Kaabah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat 'infinite' ( tidak berhujung ), perkara ini dibuktikan ketika mereka mengambil foto planet Marikh, radiasi tersebut masih berlanjutan terus. Para peneliti Muslim mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Kaabah di planet Bumi dengan Baitul Makmur (masjid para malaikat) di langit.

Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, ada suatu area yang bernama ‘Zero Magnetism Area’, ertinya apabila kita mengeluarkan kompas di area tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali kerana daya tarik yang sama besarnya antara kedua kutub.

Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka dia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan graviti. Oleh sebab itu lah ketika kita mengelilingi Kaabah, maka seakan-akan diri kita dicaj ulang oleh suatu tenaga misteri dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.

Penelitian lainnya mengungkapkan bahawa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga boleh terapung di atas air. Di sebuah muzium di negara Britain, ada tiga buah potongan batu tersebut ( dari Kaabah ) dan pihak muzium juga mengatakan bahawa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem matahari kita.

Hadith dari Aisyah r.a mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Nikmatilah (peganglah) Hajar Aswad ini sebelum diangkat (dari bumi). Ia berasal dari syurga dan setiap sesuatu yang keluar dari syurga akan kembali ke syurga sebelum kiamat”.

“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al-Qur’an itu benar. Dan apakah Rabbmu tidak cukup (bagi kamu) bahawa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?” Surah Fushshilat : Ayat 53

Subhanallah!

Sumber :- UnikVersiti

03 October 2011

:: BAhaNa LoVEbITe ::

Kenapa lovebite berbahaya?

Menurut Daily Mail, seorang wanita berusia 44 tahun ...telah lumpuh selepas terkena serangan sakit jantung akibat daripada lovebite yang di lakukan oleh kekasihnya. Wanita itu (nama tidak dinyatakan) dimasukkan ke sebuah hospital di Auckland apabila mendapati dia tidak mampu menggerakkan tangan kirinya selepas kejadian itu.

Pada mulanya, para doktor mengesyaki wanita itu telah terkena serangan sakit jantung. Walaupun mereka tidak mengetahui punca sebenar penyakit wanita itu pada awalnya. Mereka kemudiannya, memeriksa wanita itu dan menjumpai kesan lovebite dibadannya. Dan dari kesan lovebite tu, mereka dapat tahu apa punca serangan sakit jantung tersebut.

Sebenarnya lovebite yang terhasil tu, menyebabkan pembuluh darah rosak dan mengakibatkan pembentukan darah beku. Darah yang telah beku tadi mengalir ke jantung dan boleh menyebabkan strok!

So, hati hati lah semasa bersama pasangan masing masing. Jangan sampai lupa diri, nanti ada yang merana baik lelaki atau perempuan. Jangan disebabkan expressi cinta, ada yang maut.

Sumber : Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...