:: UsIa PeRjAlAnAn RuMaHtAnGgAkU ::

Daisypath Anniversary tickers

17 January 2012

FoR DaD!!! BEWaRe...



SMS 18SX
sumber : CUNNDAA
Posted by Phat

Ketika ayah sudah siap sarapan, tiba-tiba satu sms berbunyi di meja makan.
Barulah si ayah sedar yang anaknya lupa membawa henfon ke sekolah.


Ayah membaca sms yang dikirim oleh seseorang yg tak bernama.

Alangkah terkejutnya ayah bila membaca sms yg tertulis lebih kurang begini.


" Hai sayang selamat pagi. Kenapa tak datang rumah baby semalam?
Baby tertunggu-tungu sayang datang tau.
Terus terang baby cakap, baby tak boleh lupakan saat-saat manis bersama malam dulu.
Sangat besttt !
Oh ye, malam ni line clear, sayang boleh datang kerumah baby...
X sabar nk tunggu sayang. Jangan lupa bawa kondom... ''

Ayah tergamam, lalu memanggil isterinya..
'Cuba kau tengok sms ni, tak tau apa nk jadi dgn anak kita ni!'

Ibu seakan-akan tidak percaya dengan apa yang dibacanya...

Dan hampir pengsan membaca sms itu.

Setelah anak pulang dari sekolah, si ayah terus menerpa anaknya.

Ayah : kau nak ke mana malam ni?

Anak : kerumah kawan, kami belajar sama. Exam kan dah nk dekat

Ayah : apa maksud sms ni? ayah membentak.


Anak : lar... Ni kan sim kad ayah... Henfon ayah kan rosak. Semalam ayah sendiri
tukarkan simcard ayah dalam henfon ni sebab nak tunggu sms penting' ~ jawab si anak selamber ~

Si ayah terus lari apabila dikejar oleh si Ibu.

p/s : rehat2 kan minda

Penafian Frankfurter Berjenama RAMLY Mengandungi DNA Babi




Penjelasan dari Pihak Ramly Food Processing atas entri dari rakan blogger aku FAZROL telah diperolehi. Sekiranya korang masih sangsi lagi, Korang boleh hubungi sendiri pihak yang berkaitan dan nombor talipon telah aku sertakan sekali. Kesimpulannya terdapat Unsur Fitnah telah berlaku dan Laporan Polis telah dibuat. Berikut adalah petikan email dari Encik Mohamad Rafizie Bin Kastor beserta maklumat-maklumat penting.

Assalamualaikum.
Saudara / saudari yang dimuliakan, berhubung dengan dakwaan kononnya pemilik Syarikat Ramly telah bertukar tangan kepada individu bukan islam adalah suatu fitnah dan tidak benar sama sekali. Pengasas syarikat Ramly iaitu Dato' Hj. Ramly Bin Mokni bersama isteri, Datin Hajjah Shala Siah Binti Abdul Manap merupakan pemilik 100% kumpulan Syarikat Ramly adalah seorang muslim yang telah bertapak lebih dari 30 tahun serta syarikat diurus oleh 1000 orang kakitangan yang 100% muslim tidak mungkin melakukan perkara yang ditegah oleh agama.

Sebarang pertanyaan lanjut, saudara / saudari boleh berhubung di talian 03-61842972.
Sekian, terima kasih.

Mohamad Rafizie B Kastor,
Eksekutif Hal Ehwal Islam - Halal,

Ramly Food Processing Sdn Bhd,
No. 1-4, Jalan 37/10A,
Taman Perindustrian IKS,
Mukim Batu,
68100 Kuala Lumpur.
Mobile: 6013-2989406
Tel: 603-6184 2972 Fax: 603-6187 4924

KENYATAAN EMAIL :-


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

01hb Disember 2011

Kepada
YANG BERKENAAN

PENAFIAN FRANKFURTER BERJENAMA RAMLY MENGANDUNGI DNA PORCINE (KHINZIR)

Perkara di atas adalah dirujuk.

Kami menafikan sama sekali dakwaan tersebut. Tidak pernah dalam amalan pembuatan kami dan perniagaan kami berlaku perkara sebegini. Proses pembuatan kami diselia rapi oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar, JAKIM dan jabatan lain yang berkaitan sebagai mengekalkan prestasi pembekal produk halal (lampiran sijil JPV / surat Pejabat Kesihatan Daerah Kulim).

Saya, Dato’ Haji Ramly Bin Mokni, isteri dan keluarga merupakan pemilik 100% kumpulan syarikat Ramly dan tanda niaga RAMLY, adalah seorang muslim dan amat menitik berat soal hukum halal haram dan perniagaan yang telah bertapak lebih dari 30 tahun serta syarikat ini diurus oleh 1,000 orang kakitangan yang 100% muslim tidak memungkinkan melakukan perkara yang ditegah oleh agama. (lampiran carian syarikat SSM).

Kami juga mempunyai jabatan halal yang diketuai oleh Ustaz Mohamad Rafizie Bin Kastor (berkelulusan dalam bidang syariah dari Universiti Sains Islam Malaysia) dan kami juga telah menubuhkan jawatankuasa halal dalaman yang dianggotai oleh semua jabatan terlibat dalam pemprosesan untuk mengeluarkan produk mengikut standard manual JAKIM (lampiran sijil halal JAKIM / keputusan ujian DNA makmal Technology Park Malaysia Biotech).

Pengguna boleh berhubung terus dengan Bahagian Hub Halal JAKIM ditalian 03-8315 0200 untuk sebarang penjelasan lanjut (jika ada).

Terdapat penggunaan pembungkusan bukan milik Ramly Food Processing Sdn Bhd dengan nombor batch yang tidak tepat, dan perkara ini dalam tindakan polis dan pejabat kesihatan bagi mengenalpasti pihak-pihak yang melakukan sabotaj terhadap produk kami.

Dalam keadaan ini kami memberi amaran terhadap mana-mana pihak yang sedang atau cuba memfitnah terhadap produk dan organisasi Kumpulan Syarikat Ramly supaya memberhentikan perbuatan ini serta merta dan kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sivil atau jenayah fitnah terhadap pihak-pihak yang masih melakukan perbuatan ini.

Sila ambil perhatian tegas mengenainya.

Yang benar,

DATO’ HAJI RAMLY BIN MOKNI
Pengarah Urusan
Kumpulan Syarikat Ramly

Ini FITNAH.. kesian kat pakcik Ramly yg dah tunaikan fardu kifayah untuk bagi kita semua umat Islam kat Malaysia hari ni makan makanan halal selama 27 tahun dengan yakin halalal toyyiban.. mesti ni ada yg dengki pasal jenama dia tak laku..

Fakta #1 : RAMLY FOOD PROCESSING SDN BHD tiada kilang di Yan Kedah!
Rujukan :
http://www.ramly.com.my/Ramly%20Web(Home%20C%20P.html

Fakta #2: Jabatan Kesihatan Kedah tiada Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan.

Nama Hj. Mohamad Khairuddin Mohd Talib pun tak wujud sbg Timb. Pengarah..

sila rujuk laman web rasmi JKN Kedah :-

http://jknkedah.moh.gov.my/v2/modules/mastop_publish/?tac=Carta_Organisasi

Sekian wasalam.. jgn kita jadi agen penyebar fitnah.. Wallahualam

12 January 2012

Kabinet arah tangguh skim SBPA sektor awam



SHAH ALAM - Kabinet memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), yang berkuat kuasa sejak 1 Januari lalu, dipercayai ekoran rasa tidak puas hati di kalangan sebahagian besar kakitangan awam.

Sinar Harian difahamkan keputusan mengejutkan ini diputuskan dalam mesyuarat mingguan semalam.

Isnin lalu, kenyataan Kementerian Kewan gan menyebut pembayaran gaji penjawat awam bagi bulan Januari yang akan dilakukan pada 16 Januari ini sempena perayaan Tahun Baru Cina, adalah berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia manakala perbezaan gaji penjawat awam yang memilih opsyen SBPA akan dibayar pada 31 Januari.

Pembayaran gaji SBPA tidak dapat dilakukan sepenuhnya pada 16 Januari berikutan keputusan kerajaan untuk melanjutkan tempoh opsyen SBPA dari 31 Disember 2011 kepada 15 Januari.

Menurut sumber, Kabinet mempertimbangkan tiga sebab utama dalam memutuskan penangguhan SBPA, yang menggantikan Sistem Saraan Malaysia.

"Antaranya tiadanya perundingan secukupnya dengan wakil pekerja (kesatuan sekerja) dan peratusan kenaikan gaji yang tidak seimbang antara kumpulan kakitangan rendah dan tertinggi," kata sumber.

Sebelum ini wujud dakwaan kononnya kakitangan kumpulan pengurusan tinggi dan kanan menerima kenaikan gaji sangat tinggi, sehingga mencecah 50 peratus.

Bagaimanapun ia telah dinafikan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah bulan lalu.

SBPA memperkenalkan sistem gaji satu lapis berbanding tiga lapis di bawah Sistem Saraan Malaysia.

Menurut sumber itu, kerajaan mahu kajian semula dijalankan ke atas keseluruhan komponen SBPA bagi memastikan tujuan pelaksanaan sistem gaji baru itu mencapai matlamat.

Mengenai tempoh penangguhan, sumber memberitahu, "ia kemungkinan besar akan mengambil masa beberapa bulan, juga kemungkinan hanya akan dilaksanakan selepas pilihan raya berakhir, supaya segala rasa tidak puas hati selesai dan diatasi secara menyeluruh."

Pegawai-pegawai kanan perkhidmatan enggan mengesahkan perkara itu. Bagaimanapun difahamkan Jabatan Perkhidmatan Awam akan mengeluarkan kenyataan rasmi hari ini.

"Tunggulah esok, maklumat jelas akan dikeluarkan," kata seorang pegawai kanan ketika dihubungi.

Pada 18 Disember lalu, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) membuat pendirian tegas dengan meminta kerajaan menangguhkan pelaksanaan SBPA dan mengadakan perundingan dengan badan induk kesatuan awam itu.

Badan induk itu mendakwa pihaknya “amat kesal” kerana kerajaan dan Jabatan Perkhidmatan Awam tidak mengadakan langsung perundingan dengan Cuepacs sebelum menggubal dan melaksanakan SBPA.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kerajaan seharusnya memastikan setiap anggota perkhidmatan awam, yang saiznya 1.4 juta orang, menerima maklumat yang tepat dan mendalam sebelum menerima opsyen pelaksanaan SBPA.

Omar berkata, perkara itu akan dibawa ke perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Pertemuan itu telah diadakan akhir bulan lalu.

Ketika itu, Cuepacs juga meminta ahli-ahlinya tidak menerima opsyen sehingga perkara ini selesai.

Jabatan itu membuka opsyen menerima SBPA mulai 16 Disember lalu dan ia sepatutnya ditutup pada 30 Disember, tetapi dilanjutkan sehingga 15 Januari selepas pertemuan Cuepacs dengan Najib.

Omar juga mendakwa kakitangan awam dipaksa menerima opsyen tanpa diberikan maklumat mengenai sifir gaji dan tangga gaji.

Katanya, ia jauh berbeza berbanding ketika pelaksanaan Sistem Saraan Baru dan Sistem Saraan Malaysia sebelum ini.

Mengenai kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus yang diumumkan oleh Najib ketika pembentangan Bajet 2012 pada Oktober lalu, Omar berkata, perkiraan pihaknya menunjukkan sebaliknya.

Ada yang mendakwa menerima kenaikan gaji jauh lebih rendah daripada kadar yang diumumkan Najib.

“Jelaskan kedudukan kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus ini,” kata Omar ketika itu.

Beberapa parti politik juga menggesa kerajaan menangguhkan SBPA atas alasan mengabaikan kepentingan kakitangan kumpulan rendah, yang merupakan dua pertiga saiz kakitangan awam.

Cuepacs sahkan kerajaan tangguh SBPA

January 12, 2012

SHAH ALAM - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengesahkan pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ditangguhkan bagi membolehkan kajian semula yang lebih mendalam dijalankan.

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Presiden Cuepacs Azih Muda sebentar tadi. Pagi tadi, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha Negara mengenai isu itu.

"Ya betul, SBPA ditangguhkan. Tetapi setakat ini belum ada pemakluman secara hitam putih (daripada kerajaan). Cuma Datuk Omar telah mengadakan pertemuan dengan KSN pagi tadi membincangkan perkara ini," kata beliau kepada Sinar Harian Online.

Azih menambah, kajian ke atas SBPA, yang akan dijalankan melibatkan soal kenaikan gaji, antara kakitangan kumpulan rendah dan tinggi, yang mencetuskan rasa tidak puas hati.

"SBPA bukan dibatal, tetapi ditangguh bagi membolehkan kajian mendalam dijalankan. Apabila selesai nanti, ia boleh dilaksanakan dengan dibayar tunggakan kepada kakitangan awam," katanya merujuk kepada tarikh pelaksanaan SBPA yang dikuatkuasakan sejak 1 Januari lalu.

"Kita tidak tahu berapa lama kajian ini akan dijalankan, tetapi keputusan Kabinet ini selaras dengan pandangan yang rata-rata tidak berpuas hati dengan SBPA," katanya lagi.

Cuepacs, dalam pendiriannya akhir bulan lalu, telah meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) agar menangguhkan pelaksanaan SBPA dan mengadakan perbincangan dengan badan induk kesatuan sekerja sektor awam itu.

Malah katanya, Cuepacs akan mengadakan satu mesyuarat khas malam ini di ibu negara bagi membincangkan keputusan terbaru kerajaan ini.

Pagi tadi, Sinar Harian Online membawa laporan Kabinet memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan sistem SBPA, yang berkuat kuasa sejak 1 Januari lalu, dipercayai ekoran rasa tidak puas hati di kalangan sebahagian besar kakitangan awam.

Sinar Harian Online difahamkan keputusan mengejutkan ini diputuskan dalam mesyuarat mingguan Kabinet, semalam.

Isnin lalu, kenyataan Kementerian Kewangan menyebut pembayaran gaji penjawat awam bagi bulan Januari yang akan dilakukan pada 16 Januari ini sempena perayaan Tahun Baru Cina, adalah berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia manakala perbezaan gaji penjawat awam yang memilih opsyen SBPA akan dibayar pada 31 Januari.

Pembayaran gaji SBPA tidak dapat dilakukan sepenuhnya pada 16 Januari ini berikutan keputusan kerajaan untuk melanjutkan tempoh opsyen SBPA dari 31 Disember 2011 kepada 15 Januari.

Menurut sumber, Kabinet mempertimbangkan tiga sebab utama dalam memutuskan penangguhan SBPA, yang menggantikan Sistem Saraan Malaysia.

"Antaranya tiadanya perundingan secukupnya dengan wakil pekerja (kesatuan sekerja) dan peratusan kenaikan gaji yang tidak seimbang antara kumpulan kakitangan rendah dan tertinggi," kata sumber kepada Sinar Harian Online.

09 January 2012

Sekitar Perkarangan Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur 6.00am - 8.15am



Bagusnya... mewangi sungguh nama negara kita... sampaikan pemberita luar negara turut serta...
Ada akal pikirlah yang sewajarnya... Bangunlah dari tidurmu ANAK-ANAK MALAYSIA

06 January 2012

(EKSKLUSIF) Kadar Nafkah Bagi Isteri - Ustaz Kazim Elias Al-Hafiz & Usta...

My Work Station...


Tiada topic hari ini... but terpandang work station aku nie hah...
So mula-mula bukak komputer hah!!! nie yang nampak... TOGETHER GETHER... Sumber inspirasi nak keje...

Dekat opis baru nie, semuanya di 'S' kan, so dinding cubic kosong, sekosong fikiran aku. Klu dulu banyak bendalah aku letak sampai tak nampak dinding cubic aku, now just have one white board untuk ditempekkan pelbagai kat situ. Apa yang aku lekat kat white board tu...

* Kiraan untuk mendapatkan keluasan rumah
* Kilometer for claim millage (coz keje aku sekarang nie tiap2 hari merayau)
* No tepon orang kewangan, sumber manusia, KKR, kontraktor dll.
* Kiraan penilaian prestasi kerja kontraktor
* BIRTHDAY CARD...

So memang kosong, nak letak gambar anak so dalam komputer jerlah... n in my heart :)
So bila dok kat cubic nie just pikir hari nie ada berapa kunci? nak pergi check kontraktor mana? kena siapkan JKH yg banyak (klu balik check umah tak buat terus).... nak tahu kenapa ada masanya aku tension ank buat JKH... nanti aku story for the next entry...

05 January 2012

Reaksi Ibu Nur Amalina Che Bakri Berhubung Isu Gambar Anaknya



Berikut ialah reaksi Puan Sabariah:

Saya bukan semata-mata nak membela anak saya. Sebagai ibu saya juga tentu tidak akan terima jika berlaku sesuatu yang tidak baik kepada anak saya.

Saya tahu dia macam mana. Gambar yang disebar itu saya sendiri yang rakam sewaktu kami bercuti bersama-sama rakan-rakan anak saya di Paris tiga tahun lalu. Malah seluar yang dia pakai itu saya sendiri yang beli.

Anak saya bukan seorang gadis yang liar. Saya tahu dia lebih daripada orang lain. Kami berhubung hampir setiap malam. Saya juga sudah 13 kali ke sana sejak dia menuntut di UK.
Mengenai tuduhan anaknya dah buang tudung, ibunya menjawab. ” Anak saya memang tidak bertudung. Orang hanya tengok gambar dia semasa dia bersekolah menengah. Waktu itu dia memeng bertudung ke sekolah”.

Amalina kini sedang menuntut dalam dua bidang sekali gus iaitu jurusan perubatan dan juga sains farmakologi di University of Edinburgh, Scotland.

Tuduhan anaknya mewarnakan rambut dan gemar bersosial pula di jawab dengan…”ia hanya fitnah yang sengaja mahu mencemarkan anama baik anaknya”

“pelajaran anak saya tidak terjejaspun, dia kini dalam proses menerbitkan buku yang akan digunaka oleh pelajar perubatan, pensyarah dan pengamal perubatan yang dihasilkannya dengan bimbingan profesor di sana.
Empat kajiannya telah diterbitkan sebagai jurnal dan dia akan menjalankan praktikal di Oxford bermula novenber depan.
Berita Amelina tersebut telah berjaya menyebabkan seramai 800 orang memohon untuk menjadi ‘Rakan’ dalam Facebooknya.
Ditanya apa reaksi Amalina terhadap isu gambar dirinya tersebut…”Dia hanya ketawa sahaja”

Rumusannya Amalina tak ada apa-apa. Semua gambar yang terdedah tersebut direstui ibunya. Pergaulan dengan rakan-rakan seperti yang dilihat dalam gambar tersebut ibunya sendiri yng rakam. Fesyen pakaian yang Amelina pakaipun ibunya sendiri yang belikan.

Kes tudung pula memang Ibunya sendiri tak kisah. Tudung hanya satu pakaian pergi sekolah sahaja dan bukan pakaian peribadi Amalina. Sebagai bukti bahawa Amalina masih berada di jalan yang lurus adalah dia masih lagi hebat dalam pelajarannya.

:: NaNgis LaGi ::


Hah kat atas nie rupa hero aku yang menangis lagi bila g sekolah... Emmm dah masuk dua tahun masuk sekolah still nangis huhuhu (mama dia lak nak nangis)

Hari nie mula2 aku hantar ok jer, pastu sebab tak tahu meja dia kat mana dia leh nangis. Habis sapa nak dok sebelah dia pun tak boleh. But aku still tinggal dia sebab Cikgu dia cakap tinggal jer. Kebetulan pengasuh datang hantar anak dia masa tu... dia ckp anak aku masih lagi nangis siap pengang grill lagi tak nak masuk kelas... huhuhuhu....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...