Penjelasan dari Pihak Ramly Food Processing atas entri dari rakan blogger aku 
FAZROL  telah diperolehi. Sekiranya korang masih sangsi lagi, Korang boleh  hubungi sendiri pihak yang berkaitan dan nombor talipon telah aku  sertakan sekali. Kesimpulannya terdapat Unsur Fitnah telah berlaku dan  Laporan Polis telah dibuat. Berikut adalah petikan email dari Encik  Mohamad Rafizie Bin Kastor beserta maklumat-maklumat penting.
 Assalamualaikum.
 Saudara / saudari yang dimuliakan, berhubung  dengan dakwaan kononnya pemilik Syarikat Ramly telah bertukar tangan  kepada individu bukan islam adalah suatu fitnah dan tidak benar sama  sekali. Pengasas syarikat Ramly iaitu Dato' Hj. Ramly Bin Mokni bersama  isteri, Datin Hajjah Shala Siah Binti Abdul Manap merupakan pemilik   100% kumpulan Syarikat Ramly adalah seorang muslim yang telah bertapak  lebih dari 30 tahun serta syarikat diurus oleh 1000 orang kakitangan  yang 100% muslim tidak mungkin melakukan perkara yang ditegah oleh  agama.
 
Sebarang pertanyaan lanjut, saudara / saudari boleh berhubung di talian 03-61842972. 
Sekian, terima kasih.
Mohamad Rafizie B Kastor,
Eksekutif Hal Ehwal Islam - Halal,
Ramly Food Processing Sdn Bhd,
No. 1-4, Jalan 37/10A,
Taman Perindustrian IKS,
Mukim Batu,
68100 Kuala Lumpur.
Mobile: 6013-2989406
Tel: 603-6184 2972  Fax: 603-6187 4924
KENYATAAN EMAIL :-  Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia
  
    01hb Disember 2011
 Kepada
YANG BERKENAAN
 PENAFIAN FRANKFURTER BERJENAMA RAMLY MENGANDUNGI DNA PORCINE (KHINZIR)
 Perkara di atas adalah dirujuk.
 Kami menafikan sama sekali dakwaan tersebut. Tidak pernah dalam  amalan pembuatan kami dan perniagaan kami berlaku perkara sebegini.  Proses pembuatan kami diselia rapi oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar,  JAKIM dan jabatan lain yang berkaitan sebagai mengekalkan prestasi  pembekal produk halal (lampiran sijil JPV / surat Pejabat Kesihatan  Daerah Kulim).
 Saya, Dato’ Haji Ramly Bin Mokni, isteri dan keluarga merupakan  pemilik 100% kumpulan syarikat Ramly dan tanda niaga RAMLY, adalah  seorang muslim dan amat menitik berat soal hukum halal haram dan  perniagaan yang telah bertapak lebih dari 30 tahun serta syarikat ini  diurus oleh 1,000 orang kakitangan yang 100% muslim tidak memungkinkan  melakukan perkara yang ditegah oleh agama. (lampiran carian syarikat  SSM). 
 Kami juga mempunyai jabatan halal yang diketuai oleh Ustaz Mohamad  Rafizie Bin Kastor (berkelulusan dalam bidang syariah dari Universiti  Sains Islam Malaysia) dan kami juga telah menubuhkan jawatankuasa halal  dalaman yang dianggotai oleh semua jabatan terlibat dalam pemprosesan  untuk mengeluarkan produk mengikut standard manual JAKIM (lampiran sijil  halal JAKIM / keputusan ujian DNA makmal Technology Park Malaysia  Biotech). 
 Pengguna boleh berhubung terus dengan Bahagian Hub Halal JAKIM  ditalian 03-8315 0200 untuk sebarang penjelasan lanjut (jika ada).
 Terdapat penggunaan pembungkusan bukan milik Ramly Food Processing  Sdn Bhd dengan nombor batch yang tidak tepat, dan perkara ini dalam  tindakan polis dan pejabat kesihatan bagi mengenalpasti pihak-pihak yang  melakukan sabotaj terhadap produk kami.
 Dalam keadaan ini kami memberi amaran terhadap mana-mana pihak yang  sedang atau cuba memfitnah terhadap produk dan organisasi Kumpulan  Syarikat Ramly supaya memberhentikan perbuatan ini serta merta dan kami  tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sivil atau jenayah fitnah  terhadap pihak-pihak yang masih melakukan perbuatan ini.
 Sila ambil perhatian tegas mengenainya.
 Yang benar,
 DATO’ HAJI RAMLY BIN MOKNI
Pengarah Urusan
Kumpulan Syarikat Ramly
  Ini FITNAH.. kesian kat pakcik Ramly yg dah tunaikan fardu kifayah  untuk bagi kita semua umat Islam kat Malaysia hari ni makan makanan  halal selama 27 tahun dengan yakin halalal toyyiban.. mesti ni ada yg  dengki pasal jenama dia tak laku..
 Fakta #1 : RAMLY FOOD PROCESSING SDN BHD tiada kilang di Yan Kedah!
Rujukan :
http://www.ramly.com.my/Ramly%20Web(Home%20C%20P.html
 Fakta #2: Jabatan Kesihatan Kedah tiada Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan.
 Nama Hj. Mohamad Khairuddin Mohd Talib pun tak wujud sbg Timb. Pengarah..
 sila rujuk laman web rasmi JKN Kedah :-
 http://jknkedah.moh.gov.my/v2/modules/mastop_publish/?tac=Carta_Organisasi
 Sekian wasalam.. jgn kita jadi agen penyebar fitnah.. Wallahualam