:: UsIa PeRjAlAnAn RuMaHtAnGgAkU ::

Daisypath Anniversary tickers

31 October 2011

"90 Peratus Peserta MasterChef Malaysia Tak Pandai Masak" - Chef Wan




Sudahkah anda menonton program realiti masakan MasterChef Malaysia yang sedang ditayangkan di saluran Astro ketika ini? Jika sudah, apa pendapat anda? Pasti ada yang teruja dan pasti ramai juga yang tertanya-tanya bagaimana pemilihan peserta dibuat.

Daripada cakap-cakap yang sampai ke pengetahuan GUA, ada penonton yang berpendapat peserta yang terpilih tidak boleh memasak seperti peserta-peserta MasterChef versi luar negara. Bahkan, tidak mampu menyaingi kehebatan peserta Junior MasterChef Australia.

Pendapat ini mungkin tidak berasas kerana ia bukan pandangan pakar. Tetapi GUA sudah mendapat komen daripada tukang masak bertaraf antarabangsa, Chef Wan berhubung isu ini. Jelas Chef Wan, dia bersetuju dengan penonton.

“Setelah menonton sendiri program itu, saya berpendapat 90 peratus daripada peserta memang tidak berbakat. Kalau orang yang pandai masak, mereka tidak perlu lagi diajar perkara-perkara asas dalam memasak. Ini saya tengok, ramai yang terkial-kial. Hendak guna pisau yang betul untuk memotong bahan-bahan dapur pun masih ada yang tidak tahu.

Setakat ini tidak ada lagi persembahan makanan yang boleh membuka selera saya. Semuanya tidak menjadi. Kalau kita tengok versi Australia, persembahan mereka sahaja sudah boleh membuatkan kita terliur,” ujar Chef Wan ketika ditemui baru-baru ini.

“Saya beri komen ini bukan kerana tidak puas hati saya tidak menjadi juri tetap dalam program ini atau hendak menjatuhkan sesiapa, tetapi saya mahu kesilapan ini diperbaiki pada masa akan datang. Mana tahu selepas musim pertama ini akan ada MasterChef Malaysia musim kedua. Apa yang saya luahkan ini adalah luahan yang sama daripada peminat-peminat di laman Facebook milik saya. Bukan sengaja hendak cari kelemahan orang Melayu, tetapi saya tidak mahu mereka diketawakan.

Saya cadangkan kepada produksi supaya menjalankan pemilihan yang ketat. Pastikan mereka benar-benar berbakat. Memang rancangan ini untuk amatur, tetapi janganlah sehingga tidak pandai masak. Penonton sendiri boleh menilai sama ada orang itu pandai memasak atau tidak. Biar ambil masa yang lama untuk sesi ujibakat, asalkan hasilnya tidak mengecewakan,” tambah Chef Wan lagi.

Sumber : Gua.com.my

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...