Masa begitu cepat berlalu...sedar tak sedar anak sulungku dah berusia 11 tahun. Masih ku ingat bagaimana situasi semasa melahirkannya. Dialah penyeri keluarga kami.
Pagi 23 Mei 2004, sebaik saja bangun dari tidur perut dah rasa tak selesa. En. Suami sediakan nasi goreng pagi tu. Selepas sarapan perut makan memulas... 'Aduh naper nie? Pedas sangat ke nasi goreng nie.' Encik Suami dah risau sbb dia nak kena keluar. Aku ckp aku ok.
Ingat2 balik kelakar. Aku siap letak minyak panas sbb sakit perut. Pastu asyik ulang g tandas... Mula rasa tak sedap hati sebab En. Suami takder. Mula kuar tanda lendir ngan darah... Lagi aku panic, pegi umah jiran sebelah. Akak tu cakap baby dah engage.
Lagilah takut. 1st baby. Langsung tak tahu apa... Akak sebelah call husben suh pegi terus ke hospital. Jauh kau Shah Alam ker Hospital Ampuan Rahimah Klang. Syukur Allah permudahkan urusan kami sekeluarga. Terima kasih kepada jiranku yang prihatin. Sanggup hantar aku ke hospital....
Sampai hospital terus masuk labour, Alhamdulillah Allah permudahkan urusanku. Sampai hospital pukul 12.30tgh... pukul 2 dah selamat melahirkan NUR FATIN FARZANA puteri pertamaku.
Semoga dirimu dirahmati, diberikan kesihatan yang baik dan berjaya dalam mengejar ilmu didunia dan di akhirat.
Celebrate @ Johnny's Restaurant, IOI Mall PUTRAJAYA
No comments:
Post a Comment