:: UsIa PeRjAlAnAn RuMaHtAnGgAkU ::

Daisypath Anniversary tickers

19 May 2015

BIHUN BAKSO....




Sejak akhir-akhir nie, Bihun Bakso menjadi kegemaran keluarga aku, Semalam bukak puasa ngan BIHUN BAKSO, WARISAN PERTANIAN, PUTRAJAYA. Hari nie terjumpa lak resepi bihun bakso dari FB Rahsia Hawa. Leh try nie... nyum nyum nyum...

BIHUN BAKSO

Bahan- Bahan

1/2 bungkus bihun - dicelur hingga lembut dan disejatkan
50 sen taugeh
1/4 buku kobis - dihiris halus

Daun sup - diracik halus

Daun bawang - diracik halus
3sudu makan lada sulah/lada putih biji - dikisar kering hingga halus

Bahan Untuk SUP:

1 kilo tulang lembu
1 bungkus rempah sup tulang ADABI
1 bungkus rempah sup bunjut ADABI
2 btg serai - dititik
2 helai daun salam
10 ulas bwg merah
6 ulas bwh putih
5 biji buah keras
1 inci halia
2 sudu teh serbuk lada sulah 
Garam
Serbuk perasa

Cara-Cara Untuk SUP :

1. Rebus tulang lembu, rempah sup tulang dan rempah sup bunjut hingga daging empuk.
2. Tumbuk lumat halia, buah keras, bawang merah dan bawang putih.
3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk dan serbuk lada sulah hingga wangi.
4. Masukkan bahan tumis ke dalam periuk sup dan teruskan merebus hingga mendidih
5. Masukkan bebola daging. Masak sehingga bebola daging timbul
7. Masukkan sedikit daun sup dan daun bawang,
8. Tutup api dan hidang.

Bahan Untuk BEBOLA DAGING:

500g daging cincang
3 bj bwg merah - diracik halus
2 ulas bwg putih - diracik halus
50g tepung ubi/tepung jagung
1 bj putih telur
Sedikit serbuk lada sulah
Sedikit garam

Cara-caranya:

1. Gaulkan semua bahan untuk bebola hingga sebati
2. Bulat-bulatkan adunan daging sehingga habis
3. Simpan dalam peti sejuk lebih kurang sejam

Bahan Untuk SAMBAL KICAP:

25 biji cili api
2-3 ulas bawang putih
Kicap pekat manis


Cara-caranya:

1. Panaskan minyak dalam kuali, Masukkan semua cili dan bawang putih (cili dipatahkan sedikit)
2. Tutup kuali bg mengelakkan cili meletup. kacau hingga cili masak sama rata
3. Bila semua cili dah layu, anggakat dan ketepikan.
4. Masukkan cili goreng tadi ke dalam lesung dan tumbuk hingga lumat
5. Masukkan dalam mangkuk dan curahkan kicap pekat manis. kacau hingga rata.

MAKANNNNNNN!!!!

Credit Resepi : FB RAHSIA HAWA

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...