:: UsIa PeRjAlAnAn RuMaHtAnGgAkU ::

Daisypath Anniversary tickers

02 November 2011

:: JanGaN SamPai BeRlakU KeaDaaN SeBeGiNi ::



KISAH YANG SANGAT MEMILUKAN!

Anak perempuan kecil yang malang ini memberitahuk...an ibunya, "Mama, adik baru saja melukis pakai lipstik mama".

Ibunya yang mendengar hal itu lalu melihat lipstik mahal yang baru saja dibelinya telah tinggal setengah dan wajah dan tangan dan baju anak perempuan telah penuh dengan lipstik tersebut. Dengan sangat marah, ibu itu mengamuk dan memukul anak perempuan kecil yang malang tersebut tanpa menghiraukan tangisan dan jeritan dari mulut kecilnya.

Kemudian setelah mentempiaskan emosinya, ibu ini baru sedar anak perempuannya sudah tidak bergerak lagi. Dia pun mengoncangkan tubuh anaknya sambil menangis dan memohon agar anak perempuannya membuka matanya.

Tapi terlambat.... jantung anak perempuan itu telah berhenti berdengup.
Dan saat sang ibu melihat kesan di selimut tempat tidur anaknya, disitu tertulis sebuah tulisan dengan lipstik merah yang tertulis: "Sayang Mama Sampai Bila Bila".

SHARE KANLAH INI DI WALL (DINDING) ANDA UNTUK MENUNJUKKAN BAHAWA ANDA MENENTANG KEKERASAN PADA KANAK-KANAK!


Sumber : Facebook

:: OuR 9 yeAr AnnIvErsaRRy & 4 YeaR BirthDay to MFD ::


Hopefully Allah Bless Our Relationship Forever...


Be a good khalifah my son...

01 November 2011

Fasha Sandha Mungkin Gugat Peluang Erra & Umie Aida?

Tahun lalu menyaksikan pelakon Nor Khiriah menjulang trofi Pelakon Wanita Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2010. Nor Khiriah berjaya merangkul anugerah tersebut menerusi drama lakonannya berjudul, ‘Antara Garisan’. Bagi ASK 2011 yang akan berlangsung Jumaat ini, agak sukar untuk GUA meramalkan pelakon manakah yang akan merebut gelaran tersebut.

Ini kerana, persaingan tahun ini boleh dikatakan cukup kuat. Drama-drama yang disiarkan juga kebanyakannya sangat bagus. GUA suka dengan lakonan Umie Aida dalam drama, ‘Airmata Nur Salina’. Kehebatan pelakon teater ‘Natrah’ ini tidak perlu disangkal lagi. Dalam drama ini, Umie membawa watak yang cukup berat, namun beliau berjaya membawa wataknya dengan berkesan sekali.

“Saya suka dengan watak Salina kerana ada macam-macam warna dalam karakter ini. Kami sebagai pelakon dah buat yang terbaik, jadi terpulang kepada mata juri untuk menilai. Jika ada rezeki adalah, saya tak nak mengharapkan apa-apa,” ujar Umie ketika ditemui di siri jelajah ASK 2011 baru-baru ini.

Seorang lagi pelakon yang GUA rasakan boleh menggugat watak Salina ialah pelakon, Erra Fazira menerusi wataknya, Siti Aminah dalam drama ‘Sanggul Beracun’. Sama seperti watak Salina, watak yang dibawa oleh primadona filem ini agak berat. Digandingakan dengan pelakon teater berpengalaman seperti Nam Ron, menjadikan karisma dan aura Erra dalam drama tersebut semakin menyerlah dan berpeluang untuk menggugat peluang rakan baiknya, Umie.

GUA juga dapat rasakan kemampuan pelakon kontroversi, Fasha Sandha untuk menggondol anugerah ini menerusi watak Karina dalam drama, ‘Berkalung Noda’. Dalam drama tersebut, Fasha membawa watak sebagai seorang isteri yang curang dan mempunyai skandal dengan gigolo. Bukan itu saja, watak orang gila yang dibawa oleh Fasha juga berjaya meninggalkan kesan di hati penonton.

Siapakah pelakon yang berjaya meraih gelaran Pelakon Wanita Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2011? Sama-sama kita nantikan malam anugerah berprestij ini yang akan disiarkan secara langsung dari Pusat Perdagangan Dunia Putra, Jumaat, jam 9.00malam, hanya di TV3.
Sumber : Gua.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...