:: UsIa PeRjAlAnAn RuMaHtAnGgAkU ::

Daisypath Anniversary tickers

23 December 2011

Tarikh terima opsyen SBPA dilanjut ke 15 Januari - JPA

23/12/2011 2:32pm

PUTRAJAYA 23 Dis. - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini bersetuju melanjutkan tarikh penerimaan tawaran opsyen skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi penjawat awam kepada 15 Januari depan, kata Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), Datuk Dr. Ismail Alias.

Beliau yang mengumumkan perkara itu berkata, bagaimanapun tempoh penerimaan opsyen bagi umur persaraan 60 tahun kekal pada 30 Disember ini.

"Kita akan meneruskan SBPA, dan sebenarnya Cuepacs tidak menolak SBPA.

“Opsyen yang kita beri itu, ada dua. Pertama, opsyen umur persaraan 60 tahun itu tetap pada 30 Disember tarikh tutupnya kerana ia melibatkan banyak isu perundangan.

"Manakala opsyen SBPA, memandangkan tempoh itu agak terdesak, JPA bersetuju supaya ia dilanjutkan kepada 15 Januari depan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan rundingan dengan Cuepacs yang diketuai oleh Presidennya, Datuk Omar Osman, di ibu pejabat JPA di sini hari ini. - BERNAMA

22 December 2011

SBPA : JaWApAn DaRI PM...

SBPA: Najib arah JPA, CUEPACS berunding
2011/12/22

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengarahkan CUEPACS dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) segera mengadakan rundingan bagi menyelesaikan isu berbangkit dalam pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang sepatutnya dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini.

Presiden CUECPACS, Datuk Omar Osman, berkata berikutan itu pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan JPA bagi membincangkan perkara itu di sini, esok.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pertemuan dengan Perdana Menteri hari ini.

LaGi Isu SBPA TanggUh !!! KenYataAn JPA

Kenyataan Akhbar: "Pelaksaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam"

22 Disember 2011
Posted in Press Release Statemen
t

Hasil Daripada Pertemuan Bersama YAB Perdana Menteri, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Dan CUEPACS Pada 22 Disember 2011, Perbincangan Akan Diadakan Di Antara JPA Dan CUEPACS Esok (23 Disember 2011) Bagi Membincangkan Isu Yang Dibangkitkan Oleh CUEPACS.

Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Putrajaya
22 Disember 2011

SBPA DitAnGGuHkan !!!

Perdana Menteri setuju tangguh SBPA - Omar Osman

22/12/2011 12:53pm

PUTRAJAYA 22 Dis. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pelaksanaan skim sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ditangguhkan untuk dirunding semula dengan penjawat awam, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman.

Beliau berkata demikian kepada sekumpulan ahli kongres itu di perkarangan bangunan Perdana Putra selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di sini hari.

Omar dijadualkan mengadakan satu sidang akhbar di Universiti Putra Malaysia tengah hari ini berhubung isu itu. - UTUSAN

JA 3-1 - Sebelum Sign PAstikan Dulu Gaji Mati Anda



memandangakan aku termasuk dalam kategori nie, so aku just nak share sebelum sesiapa yang dalam gred nie sign SBPA pasikan gaji permulaan korang RM1410 dan gaji mati korang RM4185 yang mana maklumat ini terdapat dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2011.

Sekiranya tak sama, disyorkan pihak HR korang check balik ngan JPA untuk isu gaji permulaan dan gaji mati nie... Just 4 JA3-1 only Hope korang tidak bersalah sign nanti...

15 December 2011

AlViN AnD ChiPmuNK 3

JOM G TENGOK WAYANG

Hari NIe ALVIN AND CHIPMUNKS - CHIP WRECKED dah kuar serentak gak ngan cite SONGLAP....

Jom Layan...

14 December 2011

LampIrAn C SBPA



Item-Item dalam Lampiran C... Bab tangga gaji dapatkan di Sumber Manusia Jabatan masing-masing yer...

12 December 2011

TogetHer GetHer - WaTcHIng OmBAk RInDu





Layan tengok OMBAK RINDU ngan hubby... Masuk2 panggung rupanya ramainya makcik-makcik dan pakcik-pakcik berdating tengok OMBAK RINDU nie... Patutlah le leh mencecah 9 juta hari nie....

11 December 2011

SBPA Bukan Pelarasan Gaji tetapi Penyusunan Semula Gred Gaji


Abu Bakar Haji Abdullah, KPPA

Saya telah menjelaskan dalam program Selamat Pagi 1Malaysia pagi tadi bahawa SBPA adalah langkah pertama dibawah Pelan Induk Saraan Perkhidmatan Awam (PISA) kearah kecemerlangan Perkhidmatan Awam. SBPA bukan pelarasan gaji yang diberi dalam bentuk peratusan secara one-off. SBPA adalah penyusunan semula gred gaji untuk mengatasi anamoli dan juga membuka peluang kepada semua PA mendapat kenaikan gaj...i yang sudah tentunya akan memberi faedah yang lebih baik semasa bersara kelak.

2. Walau pun terdapat perubahan kepada skim-skim tertentu tetapi adalah bagi tujuan untuk mempastikan skim yang ada masih relevan. Jika tidak sebab itulah skim berkenaan dijumudkan.

3. Kajian penambahbaikan skim-skim perkhidmatan akan dibuat selepas pelaksanaan SBPA bilamana kajian keatas keperluan tred-tred dalam Perkhidmatan Awam selesai.

4. Buat masa ini SBPA masih lagi berasaskan kepada syarat lantikan minimum kedalam sesuatu skim perkhidmatan sepertimana yang ditetapkan dibawah SSM.

5. Dibawah SSM syarat lantikan minimum skim perkhidmatan Juruteknik Komputer gred F17, 22, 26 adalah SPM manakala calon lulusan Sijil Politeknik diberi gaji permulaan yang lebih tinggi. Dibawah SBPA Juruteknik Komputer diletakkan dibawah kelompok berkelayakan SPM dengan gred FT4-1, 4-2, 4-3. Manakala calon yang berkelulusan Sijil Politeknik menikmati gaji permulaan yang lebih tinggi iaitu T4. Syarat lantikan ke skim perkhidmatan Juruteknik Komputer diperingkat SPM masih lagi relevan. Semakan dengan SPA mendapati calon yang dilantik antara tahun 2008-2010 dibawah skim ini adalah:
Tahun SPM Sijil Politeknik
2008 705 743
2009 988 997
2010 279 292

6. Prinsip ini samalah juga turut digunapakai bagi skim-skim perkhidmatan lain seperti PT(Kew), Pemeriksa Kereta Motor, Pembantu Penyediaan Makanan, Pembantu Akauntan dan lain-lain.

7. Berbeza dengan skim perkhidmatan Juruteknik gred J17, 22, 26 dimana syarat lantikannya adalah Sijil Politeknik. Ini adalah anamoli yang dimaksudkan. Oleh itu dibawah SBPA anamoli ini diperbetulkan dan perkhidmatan Juruteknik digredkan semula sebagai J3-1, 3-2, 3-3 dengan syarat lantikan minimum Sijil Politeknik dan penetapan gaji permulaan T1.

8. Berhubung dengan PA yang memasuki perkhidmatan dengan kelayakan minimum SPM, Sijil Politeknik, STPM dan Diploma yang kini memiliki ijazah dan memohon untuk ditukarlantik sebagai P&P kajian terperinci sedang dijalankan kerana jawatan P&P sedia ada amatlah terhad. Kaedah seperti pencatuman dan peningkatan bidang tugas jawatan yang syarat lantikannya Diploma/STPM adalah diantara langkah untuk menambah bilangan jawatan P&P bagi membolehkan mereka yang berkenaan ditukarlantik.

Saya berharap Penjawat Awam yang terlibat memahami prinsip-prinsip perkhidmatan yang saya nyatakan ini.

Selamat majujaya untuk masadepan kerjaya PA.



* Sumber: FB KPPA

09 December 2011

Penulis Ombak Rindu, Fauziah Ashari Sudah Dapat RM219,845.09

Nampaknya kontroversi filem Ombak Rindu masih tidak berpenghujung. Semakin rancak jumlah kutipan yang diperolehi filem ini, semakin rancak juga penulis novel ini, Fauziah Ashari, mengeluarkan kenyataan pedas. Semuanya gara-gara rasa tidak puas hati.

Selepas berterus-terang kecewa dengan garapan Osman Ali, si penulis muncul dengan kenyataan baru. Dalam laporan sebuah akhbar Rabu lalu, Fauziah mengatakan dia kecewa kerana tidak mendapat bayaran setimpal. Dakwa Fauziah, bayaran yang diterimanya sangat sedikit. Hanya cukup untuk tambang ulang-alik dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur. Bukan itu, Fauziah juga seolah-olah menyalahkan pihak penerbit, Alaf 21, kerana berpendapat perjanjian atau kontrak yang ditandatangani ‘memakan diri’ penulis atau berat sebelah.

Hari ini satu sidang media telah diadakan oleh pihak Alaf 21 bagi menjawab tuduhan yang dilemparkan oleh penulis novel bersuara lantang itu. Jelas Pengarah Urusan Alaf 21, Dato’ Hussamuddin Hj. Yaakob, Fauziah sebenar tidak faham dengan perjanjian yang telah ditandatangani. Jelas Hussamuddin, pihaknya tampil membuat kenyataan kerana tidak mahu pihak luar mempunyai persepsi negatif terhadap Alaf 21.

“Ingin saya tegaskan di sini bahawa kami adalah penerbit novel tersebut. Oleh itu, kami sama sekali tidak terlibat dengan pembikinan filem. Kalau Fauziah rasa kami ada mengaut keuntungan daripada penerbitan filem ini, dia silap. Kami hanya menerima bayaran berjumlah RM4,000 daripada Tarantella Pictures dan 40 peratus (RM1,600) daripada bayaran itu telah diserahkan kepada Fauziah. Memang kami tidak letakkan harga yang tinggi kepada produksi filem kerana kami percaya jika filem ini mendapat sambutan hangat, ia pasti membantu penjualan novel juga.

Untuk makluman semua, setakat hari ini Fauziah telah menerima bayaran royalti sebanyak RM291,845.09, dan seandainya cetakan terbaru berjumlah 40,000 naskah habis dijual, dia akan menerima sebanyak RM50,000 lagi. Jadi, mengapa harus Fauziah berasa tidak puas hati?

Sebagai penerbit novel, kami juga mengharapkan keuntungan daripada penjualan novel. Bukan daripada filem. Fauziah seharusnya faham dengan perjanjian yang telah ditandatangani sebelum ini. Sebagai penerbit, Alaf 21 punya hak untuk uruskan naskah novel sekiranya ia mahu diadaptasi ke pementasan teater, filem dan sebagainya,” ujar Hussamuddin.

Ditanya mengapa Alaf 21 meletakkan harga yang rendah kepada Tarantella Pictures, Hussamuddin memberitahu ketika urusan pembelian hakcipta Ombak Rindu dilakukan pada tahun 2009, memang tidak ada mana-mana pihak yang mahu membeli sebuah karya novel dengan harga yang tinggi. Tarantella adalah pihak pertama yang datang kepada Alaf 21.

“Bagi kami harga yang ditawarkan tidak menjadi masalah kerana kami faham mereka juga perlu mengeluarkan kos yang tinggi untuk menerbitkan sebuah filem. Macam yang saya katakan tadi, kami bersetuju dengan harga itu kerana kami percaya ia akan membantu jualan novel seandainya filem ini mendapat sambutan hangat. Ini terbukti dengan situasi terkini. 20,000 naskah cetakan terbaru telah pun habis dijual. Dengan penjelasan ini, saya harap Fauziah dan pihak-pihak di luar sana faham dengan situasi sebenar. Kalau Fauziah masih tidak yakin dengan jumlah jualan yang kami umumkan, dia boleh datang buat audit. Saya tidak kisah kerana kami mengamalkan perniagaan yang telus dan terbuka,” ulas Hussamuddin lagi.

Dalam masa yang sama, Hussamuddin juga menafikan Alaf 21 akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Fauziah. Bahkan, Alaf 21 juga tidak akan menganaktirikan Fauziah. Jelas beliau, Fauziah masih boleh menghantar karyanya seperti sebelum ini. Bagaimanapun, beliau mengharapkan Fauziah memahami situasi sebenar dan tidak terus-terusan mengeluarkan kenyataan tidak berasas.

*Nak baca comment click link dibawah nie:-
http://www.gua.com.my/hiburan/gosip/Penulis_Ombak_Rindu_Fauziah_Ashari_Sudah_Dapat_RM219_845_09.html

KaEDAh PeMinDahAn GaJi SBPA



Info dari facebook, presentation dari JPA cara pemindahan gaji dari SSM ke SBPA. So harap kengkawan dapat info untuk pemindahan gaji kengkawan no...

08 December 2011

Gaji SBPA UNtuK SkiM N - N11 - N36

Berita untuk Skim N :-
Jom kita tengok... untuk Skim DG tunggu yer...

Gred N5-1 (SSM-N11) RM 850 - RM 2,390 KGT 80
Gred N4-1 (SSM-N17) RM 955 - RM 2,780 KGT 95
Gred N4-3 (SSM-N22) RM 1,920 - RM 3,530 KGT 115
Gred N3-1 (SSM-N27) RM 1,410 - RM 4,185 KGT 145
Gred N5-1 (SSM-N36) RM 3,035 - RM 5,555 KGT 180


Dalam masa yang sama janganlah lupa mengenai 1/2 bulan gaji @ minimum RM 500 yang akan diterima pada bulan ini.

Gaji SBPA UNtuK SkiM J - J29 - J38



Ini pulak maklumat Skim J untuk Gred Penolong Jurutera

SSM J29 = SBPA J2-1 RM1,565-RM4,340 KGT RM145/150
SSM J36 = SBPA J2-4 RM3,035-RM5,555 KGT RM 180
SSM J38 = SBPA J2-5 RM3,410-RM6,140 KGT RM 195

Semoga rakan-rakan skim J dapat melahirkan tanda kesyukuran dengan melaksanakan tugas yang terbaik memenuhi kehendak stakeholders, pelanggan dan rakyat.

GajI SBPA UtnUK JuRUTeKnIk J17 - J26



Jom kita tengok pulak Skim Gaji Untuk Skim Perkhidmatan Juruteknik. Best tul klu bab tengok hal2 gaji nie...

Maklumat untuk Skim J

SSM J17 = SBPA J4-1 - GAJI RM980 - RM 2,805 KGT RM95
SSM J22 = SBPA J4-3 GAJI RM 1,935 - RM 3,545 KGT 115
SSM J26 = SBPA J4-5 GAJI RM2,290 - RM4,404 KGT 125

Semoga rakan-rakan Skim J dapat melahirkan tanda kesyukuran dengan melaksanakan ugas yang terbaik memenuhi kehendak stakeholders, pelanggan dan rakyat.

07 December 2011

Gaji SBPA UNtuK SkiM J LuLusaN PolitEknIk



Jom kita baca kenyataan dari KPPA melalui mukabuku dia pasai gaji untuk Juruteknik-Juruteknik lantikan Politeknik di Malaysia

Permintaan rakan-rakan Skim J memang diberikan perhatian. Skim Perkhidmatan Juruteknik, Juruteknik Lanskap, Juruteknik Perancang Bandar & Wilayah, Juruteknik Ukur, Pembantu Pemeriksa Kilang & Jentera dangan KELAYAKKAN MASUK SIJIL POLITEKNIK (SETARAF STPM) TERTAKLUK KEPADA MEMENUHI SYARAT KELAYAKAN MASUK DITETAPKAN atau CUKUP TEMPOH PERKHIDMATAN DINAIKKAN KE GRED SBPA JA3-1 GAJI RM 1,410 - RM 4,185 KGT RM145/150. Semoga rakan-rakan berkelulusan politeknik akan berkhidmat dengan lebih gigih melebihi ekspektasi

06 December 2011

PekeLILinG SBPA Di PapaR pada 10/12/11

Makluman SBPA

Sukacita dimaklumkan bahawa Pekeliling Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan ditempatkan dan dihebahkan secara serentak menerusi portal/laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), MAMPU dan semua kementerian apabila tiba masanya nanti.

Dalam tempoh ini, tumpuan utama penyampaian laman ini adalah ke atas penyebaran Pekeliling Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang merangkumi perkhidmatan Perjawatan Awam Umum, Guru dan PDRM.

Semua penjawat awam adalah dinasihatkan untuk mengutamakan capaian terus ke portal/laman web kementerian masing-masing bagi memastikan proses hebahan Pekeliling SBPA ini berjalan dengan lebih lancar dan berkesan.

Jabatan Perkhidmatan Awam
02 Disember 2011
Putrajaya

CaMerOn HiGhLanD FaMilY HoLidAy - Part 7 - Aksi RoseS VaLleY


Before back to Putrajaya... our last destination is Roses Valley...




Tetiba ada gelongsor kat dalam Roses Valley, so kena layan anak2 dulu kang diorang tak nak jalan hehehe



Aksi di kebun bunga...


Pic Together gether must be



With our Kids



Now time to go back... Dari Cameron kitorang bertolak jam 5.15ptg n sampai Putrajaya jam 10.00mlm.

05 December 2011

CaMerOn HiGhLanD FaMilY HoLidAy - Part 6 - PaSar MaLaM BriNcHAng

Kitorang sampai kat Cameron tetap jam 2.00ptg, time to check in. Lepas angkut barang masuk bilik n tanya akak kat RPP tu Pasar Malam bukak kul berapa, dia ckp kul 3.00ptg dah bukak n better pergi awal takut nanti jalan jem...

So kitorang makan dulu pastu terus kuar g Pasar Malam... Jom tengok apa ada kat Pasar Malam Brinchang.


Angry Bird Jacket - Harga Around RM30-RM35



Jalan dan terus berjalan...


Bantal Bunga Ros nie RM35-RM28


Strawberry Celop Coklat


Jambu Berperisa Apple
Harga Hari Sabtu : RM8
Harga Hari Ahad : RM 9
(diorang ckp sebab tak der stok jambu... leh caya ker ek...)


Limau Besar - Sekilo 6 bersamaan 6 Biji


Minum dulu... penat jalan dah nie...


Mini Cactus 8pcs - RM10
Kat Cactus Point 7pcs -RM10


Sayur-sayuran
8 Bungkus - RM 10
Klu kita pegi time bukan school holiday leh dapat
10 bungkus - RM10


Bunga-bungaan...
Harganya tetap sama... 3bundle - RM10
But leh bodek-bodek mintak bundle extra hehehehe


Jagung Cameron 15pcs - RM 10
But be carefull, sometimes diorang ada campur yang kecik2 (yg kurang elok)

CaMerOn HiGhLanD FaMilY HoLidAy - Part 5 - CaMerOn ValLeY


First sampai yang penting... posing dulu


Hai bang... berenung jauh nampak...



Ramainya org time cuti sekolah nie... Aku datang 2 bulan lepas lenggang giler...
Sesuka hati boleh posing.


Time to walk...


Aksi-aksi di ladang teh Cameron Valley


Blueberry Cheese Cake...
Aku leh rasa dua potongan kecil jer, yang lain Faris settlekan.


Minum dulu...


Posing before go back to RPP
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...