:: UsIa PeRjAlAnAn RuMaHtAnGgAkU ::

Daisypath Anniversary tickers

29 November 2011

Cinta Muka Buku Tewaskan Pokok



Lagu nyanyian Najwa Latif iaitu Cinta Muka Buku mengejutkan ramai pihak apabila terpilih sebagai Top 5 mengenepikan calon favourite Pokok oleh Meet Uncle Hussein feat Nubhan di pusingan kedua separuh akhir Muzik Muzik 26 yang berlangsung malam tadi.

Turut terpilih dalam senarai ialah lagu Kekanda Adinda nyanyian Monoloque dan Atilia, Cinta Teragung nyanyian Juara AF9, Hazama, Sungai Lui (Aizat) dan Wanita Seluruh Dunia (Projek Pistol).

“Saya memang tidak menyangka apabila mendapat peluang keemasan ini. Saya cuma mengharapkan dapat membuat persembahan yang baik. Lebih menggembirakan saya apabila dapat membuat persembahan bersama barisan penyanyi yang berpengalaman.” tutur Najwa yang baru sahaja berusia 16 tahun dan sekiranya terpilih ke AJL26 bakal mencipta sejarah antara penyanyi termuda ke pertandingan tersebut.

“Ini kali pertama saya ke AJL sebagai finalis dengan lagu sendiri. Pastinya saya gembira. Dapat masuk dalam senarai Top 5 juga sudah memadai. Namun saya agak terkejut juga apabila lagu Pokok tidak tersenarai bersama kami.” tambah Hazama yang menafikan Nubhan penyebab lagu Pokok gagal mendapat tempat.

“Bila di belakang pentas, saya gembira bila baca timeline Twitter ramai yang meramalkan lagu Kekanda Adinda ada harapan untuk terpilih. Memang nervous juga kerana lagu kami disebut paling akhir kerana kami dah anggap lagu Pokok yang akan dapat peluang. Syukur Alhamdulillah, rupanya lagu kami.” terang Atilia mengenai keputusan mengejut tersebut.

“Memang semua lagu popular dan peluang untuk lagu kami terpilih sama rata. Kami memang jangkakan Pokok tersenarai tapi malangnya tidak dapat. Tak per lah, takde rezeki mereka.” tambah Monoloque.

Sementara itu, Aizat dan Projek Pistol turut bersyukur terpilih namun masih terkejut.

25 November 2011

Together-gether - Part 2

Dating again.... huhuhu... semalam kul 6.00 we all ber'dating' lagi. Tapi kali nie bawak anak sekali hehehehe... sebab semalam start cite kat wayang PUSS IN BOOTS 3D


4 of us


Our Kids with PUSS


With CHIPMUNK


Me n Kids - TWILIGHT saga BREAKING DOWN Part 1


HAPPY FEET 2

24 November 2011

Puss In Boots - Jangan Buat Kucing Nie Marah....


Jom tengok wayang kucing mengamuk hari nie 24 November 2011... Jangan tunggu lagi sure best...

"Saya Perlu Lebih Memilih Selepas Ini" - Lisa Surihani



Filem terbaru lakonan pemenang trofi Pelakon Wanita Terbaik FFM23, Lisa Surihani berjaya menyerlahkan keupayaan bakat lakonannya. Menerusi filem Ombak Rindu di bawah arahan Osman Ali, Lisa memegang peranan sebagai Mila Amylia, wanita yang begitu inginkan cinta dari Hariz lakonan Aaron Aziz.

Dalam filem tersebut, penonton dapat menyaksikan mutu lakonan Lisa yang berbeza. Tidak keterlaluan, penonton akan dapat merasakan kebenciannya terhadap Mila dan juga merasa kasihan pada nasib yang menimpa dirinya.

Mengulas lanjut proses Lisa menghayati watak tersebut, dia sedar akan ada penonton yang akan benci dengan Mila tetapi dalam waktu yang sama merasa kasihan padanya.

“Dalam kehidupan sebenar pun sememangnya wujud watak-watak yang tidak seratus peratus jahat dan tidak seratus peratus baik. Ia duduk di tengah-tengah. Mila salah satu contohnya. Dia tidak jahat tetapi dia cuma obses pada Hariz dan mengharapkan cinta dari Hariz. Itu yang membantu saya mendapatkan feel untuk watak tersebut. Saya kena faham sebenar-benarnya siapa Mila itu sebenarnya. Saya membaca novel tersebut dan juga mendapatkan pandangan dari pengarah untuk menyerlahkan lagi lakonan saya.

“Mila sebenarnya bukan watak antagonis keseluruhannya. Mungkin dari segi luaran penonton akan nampak sisi hitam watak tersebut tetapi dalam waktu yang sama ada sisi putih pada watak itu. Ia satu proses dan pengalaman yang menarik telah Lisa lalui sepanjang penggambaran filem ini.” ulas Lisa yang membaca novel Ombak Rindu sebelum menjalani penggambaran filem itu.

Sementara itu, Lisa turut memberikan komennya berkenaan pandangan penulis novel tersebut, Fauziah Ashaari yang tidak berpuas hati dengan hasil filem lakonannya itu.

“Saya hormati pandangan penulis novel tersebut yang kurang berpuas hati dengan adaptasi yang dilakukan. Namun ada juga penonton yang berkata apa yang ditampilkan oleh Lisa sama seperti dalam novel.

“Jangan lihat Ombak Rindu sahaja kerana setiap naskhah adaptasi dari novel ke filem sememangnya akan ada perbezaannya kerana pemahaman dan imaginasi setiap individu adalah berbeza. Filem sebesar Harry Potter dan Lord of the Rings pun tidak semua peminat novel tersebut menyukainya apabila diterjemah ke layar perak. Sukar untuk memuaskan hati semua pihak.

“Baik pembaca setia novel Ombak Rindu atau pun yang tidak pernah membaca novel tersebut akan datang menonton filem ini dan selepas menontonnya mereka akan merasakan ia sebuah filem yang bagus dan mahu menonton lagi.”

Melihatkan mutu lakonan Lisa yang bertambah baik dalam filem ini berbanding filem-filemnya yang terdahulu, terdetik di hati GUA yang bakat Lisa dapat diserlahkan sekiranya membintangi produksi filem bukan terbitan MIG.

Timbul persoalan dengan taraf yang dimilikinya sekarang dan anugerah yang telah dimenanginya, Lisa sewajarnya lebih bersifat memilih untuk melibatkan dirinya dalam sesebuah produksi.

“Bila kita dalam bidang ini kita perlu rancang laluan kerjaya kita, lebih banyak berhati-hati dan sering memikirkan baik-buruk setiap keputusan kita dalam membina laluan kerjaya kita.

“Buat masa ini memang saya seharusnya memilih dan tidak terlalu mengambil mudah pada setiap tawaran yang diterima. Sejujurnya sebelum ini pun terlalu banyak faktor yang mempengaruhi setiap keputusan saya. Untuk itu, selepas ini saya akan cuba tekankan pelbagai faktor sebelum membuat keputusan memilih untuk terlibat dalam sesebuah produksi.

23 November 2011

Trofi AIM18 Lagu Terbaik "Penakut" Dimenangi Yuna Ditarik Balik


Trofi Lagu Terbaik Anugerah Industri Muzik 18 yang dimenangi oleh Yuna akan ditarik balik. Kontroversi terbaru AIM18 itu disahkan oleh Yuna menerusi akaun laman sosial Twitter miliknya sebentar tadi.

Dalam ruangan Dengarnya yang tersiar di akhbar Berita Harian hari ini, khabarnya berlaku kesilapan pada perkiraan sehingga lagu Penakut diumumkan lagu terbaik keseluruhan AIM18, sedangkan ia tidak pun memenangi lagu terbaik kategori yang dipertandingkan.

Ruangan tersebut turut memaparkan bahawa trofi tersebut akan diserahkan kepada pencipta dan penyanyi lagu Sedetik Lebih, Edry Abdul Halim dan Anuar Zain.

GUA sedang cuba untuk menghubunyi wakil penganjur RIM dan AIM18 bagi mendapatkan reaksinya.

Yuna dalam akaun Twitter miliknya enggan menjawab sebarang pertanyaan dan meminta setiap persoalan diajukan kepada pihak penganjur iaitu RIM dan AIM.




* Kenapalah leh jadik macam nie? Selepas nie penganjur perlu lebih teliti dengan setiap pemarkahan penentuan...

AdiBaH NooR Tak mahU KahWin!!!



Penyanyi bersuara lantang, Adibah Noor, 41, nekad tidak mahu berkahwin kerana serik untuk bercinta lebih-lebih lagi dia pernah putus kasih sebanyak lima kali.

Adibah berkata, pengalaman pahit itu membuatkan penyanyi yang popular dengan lagu Terlalu Istimewa itu tidak sanggup melalui masalah yang sama lagi.

"Bayangkan, lima kali saya putus cinta dan semua tak mahu berkahwin dengan saya. Dan sejujurnya, saya serik dan tak mahu kahwin.

"Dengan usia sebegini, lebih baik saya jaga diri sendiri serta keluarga dan fokus pada kerjaya seni. Alhamdulillah, keluarga tidak pernah mendesak, malah mereka faham dengan apa yang saya inginkan," katanya.

Tambah Adibah, sejak berstatus solo, dia mula membela kucing dan kini mempunyai hampir 20 ekor, malah binatang peliharaan kesayangannya itulah yang menjadi penghibur di rumah.

Bukan sekadar kucing, Adibah juga merasakan hidupnya cukup sempurna walaupun tanpa lelaki bernama suami di sisi kerana mempunyai teman-teman rapat yang sentiasa bersamanya ketika susah dan senang.

"Saya mempunyai sekumpulan rakan perempuan yan masih lagi bujang dan kami telah berjanji untuk menjaga antara satu sama lain.

"Selain keluarga, mereka inilah yang sentiasa bersama saya ketika susah dan senang. Bagaimanapun, saya tidak menolak sekiranya takdir telah menentukan jodoh saya," ujarnya.

AlaMak ToYol!!!


Tak sabar rasanya nak tengok movie nie walaupun dah lama kuar kat wayang. Hari nie hari menonton ngan family... I LIKE...

Jom kita layan ngan karenah toyol kita nie yang before nie dia jugak berlakon dalam drama bersiri GENG BAS SEKOLAH n ZOO. Memang dia mempunyai watak yang sungguh kelakar. Memang sesuai watak budak kecik nie jadik toyol kelakar nie.

22 November 2011

:: RPP CaMerON HigHlaNd TuNNgu KeHAdiRan KalIAN ::


Tinggal lebih kurang seminggu jer lagi untuk percutian keluarga kitorang ke CAMERON HIGHLAND sempena cuti sekolah nie... Buat pertama kalinya aku pergi bercuti di Cameron Highland. Before this aku ke sana sebab berkursus, tu pun sebab RPP tu BPH punya so rajinlah berkursus kat situ sbb tak perlu bayar kos untuk penginapan. Very save :)

Percutian aku nie pun just bayar RM25 to BPH so aku dapat stay for 2 days, 1 night at Cameron. Untung kan jadik staf kerajaan nie.


Pemandangan RPP Cameron pada waktu siang dan malam


Sebelah RPP nie ada STRAWBERRY FARM, kat sini ada jual aiskrim malaysia strawberry-1pcs for RM1 hehehe... lagi satu aiskrim sedap jugak dalam RM5 for 3scoop icecream+strawberry+coklat... SEDAP... Nanti aku dah sampai sana aku story lagi key... wait for our story...

Bila Harimau Mengamuk


Bila harimau mengamuk camnielah jadiknya... sakit hati aku baca blogger2 dari INDONESIA. Duduk kat negara kita nak bersuara pun tak berani, balik negara dia cam S**L jer. Aku suka sangat MALAYSIA menang semalam sebab padan muka ngan INDONESIA yang angkuh tu. Mentang2 lawan kat negara dia leh buat sesuka hati jer. seteruk2 kita masih ada adab dan menghormati negara luar. Janganlah kita menjadi seperti meraka lagi yang dah tak bertamadun...

21 November 2011

Ramalan Lagu Ke Anugerah Juara Lagu 26

Add Image
Walaupun separuh akhir Muzik Muzik 26 minggu pertama telah pun berlangsung malam tadi, namun belum terlewat untuk kami meramalkan lagu-lagu yang bakal layak ke persaingan kemuncak di Anugerah Juara Lagu 26 yang bakal berlangsung Januari tahun depan.

Mari sama-sama kita lihat!

Lagu oleh Penyanyi, (Komposer/Penulis Lirik)
1. Sungai Lui oleh Aizat (Aizat/Anas, Aizat/Anas)
2. Janji oleh Akim (Akim/Akim)
3. Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat) (TOP 5 WEEK 1)
4. Menyesal oleh Sixth Sense (Gjie/Sixthsense)
5. Maaf Dari Hati oleh Sofazr (Mohd Atlas/Mohd Atlas)
6. Kisah Hati oleh Alyah (Manusia Putih/Manusia Putih) (TOP 5 WEEK 1)
7. Bagaikan Bidadari oleh Tomok (Aubrey Suwito/Tomok)
8. Babak Pertama oleh Drama (Ammar Habir/Aepul)
9. Perpisahan Ini oleh 1st Edition feat. Aizat (Erol 1st Edition/Jijo 1st Edition)
10. Ilusi oleh Adira (Audi Mok/Audi Mok)
11. Pokok oleh Meet Uncle Hussein feat. Nubhan (Taja/Tun Teja)
12. Kalau Berpacaran oleh Shohaimi Mior Hassan/Ana Raffali/Altimet (Shohaimi Mior Hassan Shohaimi Mior Hassan / Ana Raffali / Altimet)
13. Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta) (TOP 5 WEEK 1)
14. Muda oleh Hujan (Noh Hujan/Noh Hujan)
15. Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol (Boy Clifford/Boy Clifford)
16. Kurnia oleh Mizz Nina & Noh Hujan (Noh Hujan/Noh Hujan)
17. Luar Biasa oleh Shahir (Audi Mok/Zelfirdaus)
18. Karma oleh Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir)
19. Mata Hati oleh Nubhan (Audi Mok/Audi Mok) (TOP 5 WEEK 1)
20. Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque (Monoloque/Monoloque)
21. Gadis Semasa oleh Yuna (Yuna/Yuna) (TOP 5 WEEK 1)
22. Cinta Matiku oleh Sixth Sense (Sixth Sense/Sixth Sense)
23. Penakut oleh Yuna (Yuna/Yuna)
24. Kisah Dongeng oleh Stacy (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)
25. Aku Permata oleh Salma (Taja/Tun Teja)
26. Sedetik Lebih oleh Anuar Zain (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)
27. Di Penghujungnya oleh Iqa (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)
28. Cinta Teragung oleh Hazama (Kuncidemak/Kuncidemak)
29. Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif (Najwa Latif/Ika Latif)
30. Bila Bertemumu oleh Shiha (Ajai/Ajai)

Apa pula pandangan anda?

Sumber : Gua.com.my

18 November 2011

Wajah-Wajah Artis Yang Telah Berhijrah Demi Kebaikan



Sekarang nie makin ramai artis-artis tanah air yang dahulunyer 'huhahuha' dan sekarang nie telah berhijrah 100% ke arah kebaikan demi mencari keredhaan Illahi. Bayangkan sebelum nie watak mereka agak brutal dan kini mereka telah berubah 180 darjah.

Itulah hidayah Allah. Dia tak kira pada siapa saja boleh dicampakkan NUR HIDAYAH dalam hati mereka lalu mereka berubah demi mencari jalan pulang yang sebenar-benarnya.

Kini mereka di atas terlah berubah!!!! Bagaimana dengan kita??? Bila lagi???

1. Bob Lokman - bekas pelakon, pelawak, komposer

2. Ustaz akhil hayy - bekas penyanyi rock (80-an)
'D Riyadh'

3. Megat - bekas penyanyi kumpulan ACAB

4. Azmeer Mustafa - bekas pelakon filem 'ali setan'

5. Ustaz Radzi - bekas penyanyi rock 'Melissa'

6. Iwan Syahman - bekas penyanyi dangdut

7. Izam - bekas vocalis kumpulan E.Y.E

8. Sham kamikaze - bekas gitaris kumpulan 'kamikaze'

9. Mel - bekas penyanyi kumpulan 'Wings'

Sumber : dezamancottage.com

YeS!!! TodAY Is LaSt DaY oF ScHooL


Yes!!! Today is last day of school...
Bukan anak jer suka cuti sekolah, mamanya pun sama jugak hehehehe. bukan apa, cuti sekolah boleh balik kampung, g jejalan. WAH!!! best sangat...

The twiliGhT saGa BreakiNg Dawn - PaRt 1



24 November 2011 - On Malaysian Cinema

Synopsis:

Bella and Edward tell Charlie they plan on getting married. Bella's mom comes out for the wedding and Bella gets to see her one last time. They have the wedding at the Cullen house. Jacob shows up and makes a scene when Bella tells him she plans to have a real honeymoon with Edward. Edward whisks Bella off and they have a romantic honeymoon at a secret location off the coast of Brazil. The native Brazilian maid freaks out when she sees human Bella in Edward's arms.

Days after losing her virginity to Edward, Bella feels a twitch inside her womb, runs to the mirror and sees a bump as if she is already a few months pregnant. The Brazilian maid tells Edward the baby will kill Bella. Edward freaks out and takes Bella home, intending on having Carlisle abort the baby. Meanwhile, Bella has called Rosalie and enlisted her help to prevent the abortion.

Jacob, Sam and the rest of the wolf pack find out Bella is pregnant with Edward's baby. Sam says they have to protect their people and prevent this monster from being born. Using his alfa-wolf voice that the pack must obey, Sam declares that the wolf pack must kill Bella and the rest of the Cullens. Still in love with Bella, Jacob uses his birth right as the true alfa to resist Sam's order. In doing this, Jacob creates a second wolf pack. Leah and Seth leave Sam's pack and follow Jacob. Jacob tells them to go back, but they don't listen and Jacob refuses to use his alfa voice. Jacob's pack warns the Cullens and takes up guard duty outside the Cullen house.

Bella gets weaker and weaker as her baby grows alarmingly quickly inside her. Desperate, Edward tries to get Jacob to convince Bella to abort the baby by saying she can have kids with Jacob and it's OK with Edward. Bella insists on keeping this baby. Worried, Jacob suggests Bella drink some of the human blood Dr. Carlisle got from a blood bank. It works and Bella gets a little stronger. (imbd)

17 November 2011

:; FilEm OmBaK RiNdu - On Cinema @ 1 DiSemBeR 2011 ::


Tak sabar aku nak tunggu filem nie kuar kat wayang. Best nie klu g dating ngan hubby... Seriously memang aku suka baca novel OMBAK RINDU nie sampai khatam berkali-kali hehehe. Jadik aku rasa cam rugi klu aku tak g tengok filem nie...




Pelakon-Pelakon utama
Aaron Aziz @ Hariz, Lisa Surihani @ Mila & Maya Karin @ Izzah




Babak-babak dalam OMBAK RINDU...
LUV U FAUZIAH ASHARI

:: WarehousE BooK CleAraNce - 18-28 NoV 2011 ::


Jom Beli Buku...

16 November 2011

Aksi Ghairah Jasmin Hamid & Aaron Aziz @ BADAI SEMALAM





Suhu "Badai Semalam", naskhah teater arahan Khairunazwan Rodzy yang kini giat dipentaskan di Istana Budaya cukup panas. Tiket bagi menyaksikan pementasan yang dibintangi oleh Aaron Aziz, Erra Fazira dan Umie Aida itu cukup laris dijual bak goreng pisang panas. Lebih hangat apabila tiket beberapa malam pementasan telah pun habis dijual. Hebat sungguh!

Darjah suhu kepanasan teater itu melonjak, salah-satunya adalah disebabkan pelakon idaman Malaysia sekarang iaitu Aaron Aziz turut beraksi dalam pementasan itu. Malah, Aaron sebagai Karim turut melakonkan aksi menari disko dan dalam babak tersebut berlakunya adegan ghairah yang melibatkan Aaron bersama pelakon versatil, Jasmin Hamid (Dora).

Berlaku di sebuah kelab malam, aksi tarian Dora itu cukup mengghairahkan. Semuanya dilakukan untuk menggoda Karim yang pada waktu yang sama telah pun terpikat pada Mazni (Erra Fazira).

Apakah yang dilakukan oleh Dora bagi mendapatkan Karim? GUA paparkan beberapa keping foto untuk tontonan semua. Bagi mereka yang pernah membaca novel nukilan penulis tersohor, Khadijah Hashim, apakah adegan tersebut perlu dilakukan dalam versi pementasan teater? Panas! Panas! Panas!

Teater "Badai Semalam" masih dipentaskan di Istana Budaya, Kuala Lumpur sehingga 20 November ini. Tiket berharga RM30 hingga RM300 boleh dibeli secara online di www.ticket2u.biz.

:: HappY FeeT TwO NoW ShoWing ::


Jom g tengok wayang hari nie... HAPPY FEET 2 dah start di pawangam hari nie... x sabar nak bawak anak2 g tgk this weekend...

And grab holiday bucket by KFC... nyum nyum nyum...


15 November 2011

Istana Negara 'lama' ditutup secara rasmi


KUALA LUMPUR: Apabila pintu masuk utama ke Istana Negara di Jalan Istana di sini dikunci pagi tadi, ia menandakan tempat bersemayam semua Yang di-Pertuan Agong sejak kemerdekaan negara itu, mengakhiri fungsinya secara rasmi hari ini.

Majlis penuh istiadat itu bermula 9 pagi dengan perarakan masuk anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) diiringi pasukan pancaragam pusat RAMD.

Kumpulan penurun bendera terdiri daripada 10 anggota RAMD kemudian menurunkan Bendera Peribadi Yang di-Pertuan Agong sambil diperdengarkan tiupan paluan akhir yang bertujuan memaklumkan bahawa Istana Negara akan berpindah ke Istana Negara di Jalan Duta.

Istana Negara lama di kawasan seluas 11.34 hektar asalnya adalah sebuah banglo dua tingkat yang dibina pada 1928 oleh jutawan tempatan, Chan Wing.

Kemudian banglo itu bertukar milik apabila kerajaan negeri Selangor membelinya dan selepas diubah suai ia dijadikan tempat bersemayam Sultan Selangor, Sultan Sir Hishamuddin Alam Shah.

Bangunan yang dijadikan sebagai istana kepada Sultan Selangor itu kemudian bertukar milik sekali lagi apabila Kerajaan Persekutuan membelinya dengan harga RM1.4 juta pada tahun 1957 untuk dijadikan tempat bersemayam Yang di-Pertuan Agong pertama, Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad, beberapa minggu sebelum pengisytiharan kemerdekaan.

Istana Negara baru yang dibina dengan ciri-ciri binaan Islam dan tradisional Melayu terletak di kawasan seluas 96.52 hektar dan akan menjadi lokasi pertabalan Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 Disember ini. - Bernama

Buah Hati Sarimah Ibrahim

Kehadiran Sarimah Ibrahim di karpet biru Anugerah Industri Muzik ke-18 Sabtu lalu mendapat sambutan yang cukup hangat, baik dari jurukamera mahupun peminat.

Bukan saja kerana pengacara popular ini cukup disenangi ramai tetapi rata-ratanya tertanya siapa jejaka mat salih tampan bersamanya itu.

Rupa-rupanya, si dia itu teman lelaki Sarimah. Sesuai sangatlah, sama cantik sama padan.

Sudah pastinya ramai yang ingin melihat Sarimah menamatkan zaman jandanya selepas bercerai dengan bekas suami, Amir Andrew Abdullah pada Disember 2008.

Sama-sama kita harapkan yang terbaik buat pasangan ini!

11 November 2011

PaNaS - AkSi SeKsI Zarina Anjoulie VS Fasha Sandha



Lain pula ceritanya dengan Fasha Sandha, ketika menghadiri pelancaran majalah gaya hidup terbaru, Lisa, pelakon ini membuatkan banyak mata tertumpu kepadanya. Apa tidaknya, Fasha tampil dalam sepasang gaun jingga yang mendedahkan bahagian belakang badannya. Bukan sedikit, tetapi bukaannya sehingga ke paras pinggang. Memanglah bentuk badannya cantik kerna tidak ada lemak atau selulit yang kelihatan, tetapi ia tetap tidak sopan. Tetamu ‘Mat Salleh’ di acara itu pun bijak menghormati adab susila dalam berpakaian di negara Islam ini.
Apa yang GUA dedahkan ini bukan cakap-cakap kosong, tetapi ada buktinya. Cuba lihat gambar-gambar yang GUA pamerkan di sini. Siapa yang lebih seksi? Zarina atau Fasha?



Terbaru, Zarina tampil menghairahkan di Majalah FFM Indonesia edisi Oktober. Dengan berbaju merah sendat, sebahagian payudara Zarina jelas kelihatan. Gambar-gambar yang mula beredar di internet ini menjadi bahan kutukan ramai hingga membuatkan Zarina meluahkan perasaan bengangnya di akaun Twitter.

Apa yang GUA dedahkan ini bukan cakap-cakap kosong, tetapi ada buktinya. Cuba lihat gambar-gambar yang GUA pamerkan di sini. Siapa yang lebih seksi? Zarina atau Fasha?

Sumber : Gua.com.my
* Apalah nak jadik kat artis Malaysia sekarang, makin hilang adap sopan ketimuran...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...