:: UsIa PeRjAlAnAn RuMaHtAnGgAkU ::

Daisypath Anniversary tickers

03 November 2011

:: JoM TgK KONSERT FENOMENA 30thn SEARCH ::


Antara segelintir kumpulan rock otai yang masih aktif sehingga hari ini, penangan Search tiada tandingannya.

Dan dalam tempoh lebih dua minggu lagi, Amy, Nasir, Din, Kid dan Yazid akan beraksi sekali lagi buat peminat tegar mereka melalui Konsert Fenomena 30 Tahun Search di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang (19 November @ 5ptg), Stadium Larkin, Johor Bahru (3 Disember @ 5ptg) dan Padang Astaka, Kuala Lumpur (17 Disember @ 5ptg).

Tiket berharga RM59 untuk konsert di Pulau Pinang dan Johor Bahru, dan RM69 di KL. Tiket boleh didapati di stesen-stesen Petronas terpilih atau tickethotline.com.my.

Dengan setiap pembelian tiket konsert, anda akan mendapat T-shirt eksklusif serta minuman percuma dari penaja, Lipton Ice Tea dan Red Bull. Ada juga hadiah-hadiah menarik untuk dimenangi, seperti tiga buah Perodua Viva!

Konsert tersebut akan dihoskan oleh Jehan Miskin, Burn dan Nana, dengan persembahan khas dari Pesawat, Bittersweet, Projek Pistol, Koffin Kanser dan Sofea. Acara itu nanti juga bakal melihat kemunculan alumni Raja Lawak termasuk Angah, Jepp, Nabil dan Johan.

Jika anda ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut, anda boleh ke tickethotline.com.my

Sumber : Gua.com.my

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...