:: UsIa PeRjAlAnAn RuMaHtAnGgAkU ::

Daisypath Anniversary tickers

31 October 2012

GooD ByE SAMSUNG, WelCoMe TOSHIBA


Actually aku tak tahu nak story mory apa kat blog aku nie... pastu aku teringatkan alkisah aku dua minggu yang lepas mengenai mesin basuh....

Minggu lepas mesin basuh yang banyak berjasa kepada aku (Semi-Auto SAMSUNG) telah rosak setelah 10 tahun berkhidmat untuk aku (lamakan)... Dulu dia buat perangai sikit2 jer pastu ok... Last week buat perangai terus langsung tak leh guna. Mungkin dah sampai hayat dia kot :)

Alkisahnya seminggu aku kena menyental dengan tangan untuk cuci baju... mujur semi-auto so tempat pengering still leh guna untuk mengeringkan baju2 yang aku basuh... :)

Mesin Semi-Auto SAMSUNG tu aku beli hasil duit kutipan opis masa aku kahwin dulu... Duit tu aku leh beli mesin tu tanpa keluar sesen pun... Sentimental Value tau... :( So disebabkan hayat dia dah sampai nak buat camna lagi kan terpaksalah tukar dengan yang baru...

Hah!!!! kat atas tu aku punya washing machine baru... AUTO!!! setelah 10 tahun aku guna mesin SEMI AUTO... Thanks for MY LOVELY HUBBY... LOL...



08 October 2012

PENYERAHAN MEMORANDUM PENAMBAHBAIKAN SKIM JURUTEKNIK LEPAS SIJIL POLITEKNIK KEPADA YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA

Satu Sidang Media akan dibuat bagi Penyampaian Maklumat berhubung Penambahbaikan Skim Juruteknik Lepasan Sijil Politeknik sebelum Memorandum diserahkan kepada YAB Perdana Menteri.

Sidang Media ini adalah dibuat selepas tuntutan Kesatuan dan CUEPACS berhubung Penambahbaikkan Skim Saraan Malaysia yang dibawa kepada Suruhanjaya Khas Perkhidmatan Awam tidak diselaraskan. Susulan pembentangan budget 2013, Isu Penambahbaikan ini tidak disentuh malahan skim SSM sedia ada masih kekal.

Adalah dipohon kepada semua

Juruteknik J17 lepasan Sijil Politeknik KPTM untuk sama-sama hadir sidang media ini bagi memberi tanda sokongan. Dan satu Majlis Penyerahan Memorandum akan dibuat.

Sidang Media ini akan dilakukan pada;-

Tarikh: 12hb Oktober 2012
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Sri Pentas, TV3, Petaling Jaya

Majlis Penyerahan Memorandum kepada YAB Perdana Menteri:-

Tarikh: 12hb Oktober 2012
Masa 3.00 ptg
Tempat: Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya
Wakil Penerima Memorandum: Setiausaha Sulit YAB Perdana Menteri

Sebarang maklumat boleh menghubungi saya ditalian:-
017-7673763 Azmil Aziz
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...