:: UsIa PeRjAlAnAn RuMaHtAnGgAkU ::

Daisypath Anniversary tickers

13 April 2016

Friends in Memory....




Hello... hello... hampa semua sihat ka?


Jamuan Hari Raya n Farewell to Haji Yusof ke JKR Kemaman (Baju Coklat)




Farewell Siti Salwa ke JKR Timur Laut Pulau Pinang (Tudung Hijau)


Farewell En. Masrul Khair ke JKR HQ (Baju Light Blue)



My Boss En. Faizatul Akmal


My Boss En. Ooi Swee Lai


My Opismate Maryam (Baju Merah)

24 February 2016

POWERGOLD : CARA KIRAAN ZAKAT EMAS DI MALAYSIA


Emas dan perak merupakan logam galian yang berharga kurniaan Allah s.w.t. Ia merupakan hasil bumi yang banyak manfaat kepada manusia dan manusia pula menjadikannya nilai tukaran wang bagi segala sesuatu. Sementara syariat pula mengibaratkan emas dan perak sebagai sesuatu kekayaan alam yang hidup dan berkembang.Dalam hal ini, zakat emas dan perak terbahagi kepada dua perbahasan iaitu atas zat atau ‘ain emas dan perak itu sendiri sama ada dipakai atau disimpan dan perbahasan kedua ialah zakat mata wang kerana sandaran mata wang pada zaman ini asasnya kepada emas.

ZAKAT EMAS DAN PERAKZakat diwajibkan ke atas pihak yang memiliki emas dan perak apabila telah sampai nisab dan telah cukup haul setahun.

DALIL WAJIB ZAKAT EMAS DAN PERAKFirman Allah SWT yang bermaksud :“Dan ingatlah orang yang menyimpan emas dan perak, serta tidak membelanjakannya di jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan balasan atau azab seksa yang tidak terperi sakitnya”. (surah at-Taubah 34)Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :Tidak ada seseorang yang mempunyai emas dan perak yang tidak menunaikan zakatnya, melainkan pada hari kiamat dijadikan hartanya itu beberapa keping api neraka. Setelah dipanaskan, digosokkan lambung, dahi dan belakangnya. Setiap kali ia sejuk dipanaskan semula pada satu hari yang lamanya 50 ribu tahun sehingga Allah menyelesaikan segala perkara yang berkaitan dengan hambaNya. -Riwayat Muslim-

JENIS EMAS YANG DIWAJIBKAN ZAKAT

EMAS YANG DISIMPAN

Emas yang tidak dipakai bermaksud emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas yang dipakai menyamai atau melebihi 85 gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%. sebagai contoh, jika berat keseluruhan emas yang tidak dipakai itu seberat 90 gram bernilai RM9500 maka zakatnya adalah : RM9500 x 2.5% = RM237.50

EMAS YANG DIPAKAI

Emas sama ada dipakai (sebagai perhiasan) sekali-sekala atau secara berterusan dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Walau bagaimanapun jika ia melebihi ‘uruf maka wajib dikeluarkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai ‘uruf. Nilai yang diambil kira adalah nilai semasa emas sahaja dan tidak termasuk batu permata atau seumpamanya.

Nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.

Berikut adalah nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.

Uruf emas bagi negeri Kedah adalah 150 gram

Uruf emas bagi negeri Perlis adalah 170 gram.

Uruf emas bagi negeri Pulau Pinang adalah 165 gram

Uruf emas bagi negeri Melaka adalah RM5000

Uruf emas bagi negeri Johor adalah 850 gram

Uruf emas bagi negeri Sembilan adalah 200 gram

Uruf emas bagi negeri Selangor adalah 800 gram

Uruf emas bagi Wilayah Persekutuan adalah 150 gram

Uruf emas bagi negeri Kelantan : tiada uruf

Uruf emas bagi negeri Terengganu adalah 850 gram

Uruf emas bagi negeri Pahang adalah 500 gram

Uruf emas bagi negeri Perak adalah 500 gram

Uruf emas bagi negeri Sabah adalah RM5000

Uruf emas bagi negeri Sarawak adalah 775 gram

NISAB DAN KADAR ZAKAT EMAS

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :“Tiada wajib atas engkau sesuatu (pada emas) sehingga engkau memiliki 20 dinar (85gram). Apabila ada pada engkau 20 dinar dan cukup haul, maka wajiblah zakat padanya 1/2 dinar (2.5%). Maka sekiranya lebih dari 20 dinar, hendaklah dihisab menurut lebihannya itu 2.5% daripada keseluruhannya”. (Riwayat Abu Daud)

Nisab bagi emas ialah 85gm atau 20 miskal / dinar atau 25 mayam.Apabila seseorang memiliki emas menyamai nisab semasa atau lebih dan telah cukup haul (setahun) ia wajib mengeluarkan zakat. Ulama sepakat mengatakan bahawa emas apabila cukup 20 misqal, maka wajib dikenakan zakat. Kadar zakat ialah rubu’ al ‘usyur iaitu satu perempat puluh (1/40) atau dua setengah peratus (2.5%).

Emas yang disimpan seberat 85gm dan telah mencukupi satu tahun, wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5 % daripada nilai semasa emas tersebut (termasuk juga emas yang rosak / patah)Emas yang dipakai tidak diwajibkan zakat kecuali melebihi uruf. Kadar uruf (kebiasaan pemakaian setempat) di Negeri Pahang ialah 500gm. Emas yang dipakai yang melebihi uruf dikenakan zakat sebanyak 2.5 %. (berat yang melebihi uruf sahaja).

CONTOH PENGIRAAN :(Andaikan nisab semasa 85gm emas adalah RM 8,909.48)

Emas tersimpan seberat 90gm.1gm emas = (RM 8,909.48 ¸ 85) = RM 104.8290gm
Emas = 90gm x RM 104.82 = RM 9,433.80
Zakatnya = RM 9,433.80 X 2.5% = RM 235.85

Emas yang dipakai seberat 300gm.200gm = uruf pemakaian emas300-200gm = lebihan daripada uruf = 100gm100gm emas = 100gm x RM 104.82 = RM 10,482.00Zakatnya = RM 10,482.00 X 2.5% = RM 262.05

08 September 2015

POWERGOLD : Hantaran DINAR


Salah seorang artis popular yang menggunakan dinar sebagai mas kahwin ialah M Nasir ketika berkahwin dengan Marlia Musa pada 31 Ogos 2000. Mas kahwin mereka ialah 13 dinar [nilai 1 dinar pada masa itu (tahun 2000) hanya RM153.00]. Apa yang uniknya dalam majlis akad nikah itu ialah M.Nasir memilih untuk menggunakan wang dinar emas sebagai bayaran mas kahwinnya kepada pengantin perempuan.

Tiga belas keping wang dinar emas bernilai RM2,000 menjadi bukti penyatuan kedua-dua mereka.
Menurut M.Nasir, dia memilih wang dinar tersebut kerana 'ingin kembali kepada tradisi Islam.'
(petikan dr utusan online arkib 03/09/2000)

Mari buat pengiraan sedikit
Sept 2000 nilai 1Dinar = RM153
Jan 2015 nilai 1Dinar = RM714
Sept 2000, 13 Dinar × RM153 = RM1,989
Jan 2015, 13 Dinar × RM714 = RM9,282


Peratusan keuntungan, 9282/1989 × 100 = 467% !!! Jika anda menyimpan duit sebanyak RM2000 pada tahun 2000 adakah nilainya akan meningkat? Fikirkan. Berminat? 

Boleh WHATSAPP saya 013 2406943

Masih belum terlambat untuk memulakan langkah menyimpan emas. Jom anak muda pakat pakat simpan emas..





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...