:: UsIa PeRjAlAnAn RuMaHtAnGgAkU ::

Daisypath Anniversary tickers

23 December 2008

:: BaLiK KaMpUnG ::

Ha... esok maybe aku dah nak balik kampung aku kat Sungai Petani. Seronoknya tak tau lah nak cakap nak jumpa ngan family... last aku balik kampung Raya Aidilfitri hari tu... kira dekat 2 bulan dah aku tak balik... aku cuti lama... start Krismas sampailah 5 Januari 2009 he he he... cuti sakan...

Bukannya apa 5 januari tu nak daftar cik Fatin masuk tadika... isk isk isk... kejap jerkan... dah besar dah anak aku... maksud yang lain aku pun dah makin *** la... isk isk isk... cerita Fatin masuk sekolah nanti aku masukkan dalam nie... he he he...

Ha... masa nak balik kampung nie ada banyak planning sebenaqnya... rasa cam nak pi jalan-jalan ngan family... pergi berkelah antara dua keluarga. family hubby ngan family aku... tapi masalahnya sampai sekarang tak tau nak pi mana... ada sapa-sapa suggest tak? Aku ingat nak pi berkelah kat Batu Feringhi, Penang jer... ok tak?...

Apapun... story aku balik kampung akan aku ceritakan nanti... sekarang nie aku tengah sibuk siapkan SKT (Sasaran Kerja Tahunan) aku untuk tahun 2008... dah nak cuti SKT pun tak siap lagi... aduh... Kita bertemu lagi di tahun baru...

:: SeLaMaT MeNyAmBuT AwAl MuHaRrAm ::

16 December 2008

:: ReSePi BiSkUt ::

Hari ini aku tak tau nak buat apa... Terpandang aku pada buku resepi masa aku belajar kat Vokasional dulu... Jangan terkejut yer... aku nie sebenarnya terjun bidang... masa kat vokay dulu aku ambik kos Bakeri Dan Konfeksioneri. Lepas SPM(V) aku apply Poly ambik kos Civil Engineering he he he...
Tah pasai apa hari nie aku rasa rajin pulak nak menaip balik resepi-resepi yang cikgu aku bagi masa belajar dulu... tapi hari nie resepi biskut jerlah dulu... penat jugak nak menaip nie... aku akan bagi resepi ni kat korang bila aku dah buat nanti he he he... sebab resepi aku tak ader gambar... kang korang heran pulak camnalah rupa benda-bendalah tu he he he...
Tunggulah kemunculannya... hua hua hua

10 December 2008

:: JoM MaIn BoLa ::

Nie gambar aku ngan hubby bawak anak-anak pi main kat Dataran Masjid, maklumlah abahnya asyik keje jer. Asalnya dah tak jadik dah... tapi bila tengok bebudak dua orang tu kesian pulak... dah siap bawak bola dah tak jadik pulak... Muka Cik Fatin tu dah sahlah cantik bila kata tak jadik pegi... disebabkan tak sampai hati tengok muka dia yang cantik tu... so kitorang singgahlah kejap kat Dataran tu...
Inilah aksi dua beradik tu...



Ini jerlah cite diorang... tak tau nak cite apa la... dua tiga hari nie aku rasa macam miong sikit... tak tau nak buat apa... walaupun pada asalnya ader keje... he he he... kita sambung next time okey....

24 November 2008

:: JaMuAn BeRpIsAh PiSaHaN ::

Jamuan hari ini adalah Jamuan Perpisahan kepada empat orang pegawai di opis aku yang akan bertukar ke tempat lain... Pegawai yang bertukar adalah En. Zulfakar Bin Abd. Hadi, Ketua Penolong Pengarah, En. Sulaiman Kamisan, Ketua Penolong Pengarah Labuan, En. Mohd. Khairul Hakimi Bin Mukhtar, Penolong Pegawai Tadbir, Pn. Norazian Binti Ghazali, Bahagian Pentadbiran. Sedih jugak aku, terutama Pn. Norazian kerana dia masuk keje lebih kurang aku jer... cuma dia lewat sikit... Tapi tak apa, dia pergi kerana telah mendapat jawatan yang setimpal dengan kelulusannya iaitu Penolong Akauntan di Akauntan Negara Malaysia. Good Luck Kak Yan....

Disamping itu jugak, kami juga meraikan kakitangan baru iaitu Cik Fazita selaku menggantikan Pn. Kamariah iaitu PA Ketua Pengarah, muda lagi you baru 20 tahun dan Pn. Jamalia selaku menggantikan En. Mohd Khairul Hakimi sebagai EO (sedih sebenaqnya kau bila tengok si EO nie... Uwa... Tak der lagilah org nak bertekak ngan aku).

Dalam masa dok sedih-sedih tu inilah rupa-rupa org sekeliling Jamuan tu... tengoklah gelagat bebudak kat opis aku nie... tak tau nak cite camna lagi dah... tiap kali jamuan sah jadik camnie...

Dah habis dah berucap... apa lagi masing-masing gie serang makanan. Mana taknya berucap dah merapa lama... perut pulak lapar giler... isk isk isk... org pertama yang ceduk nasik adalah org kat bawah nie... jom kita tengok sapa tu...


He he he Aku Ler Hua Hua Hua...

Jom kita tengok menu jamuan kali ini...


He he he... kat bawah nie pulak muka-muka yang dah kenyang dan ada jugak yang still control macho dan cun...

20 November 2008

:: KePaLa BoTaK ::

Ini cerita hari isnin lepas... aku tak pegi keje hari tu sebab pengasuh anak aku tetiba EL... so disebabkan abah dia memang cuti hari tu... so aku ajak my hubby gie gunting rambut anak teruna aku... dah rimas rasanya aku tengok... Mula-mual kitorang gie shopping sikit-sikit kat Mydin Putrajaya, pastu tak tau nak pi mana... gie pulak Bangi ingatkan nak beli ikan guppy... dah pegi ikan guppy yang aku nak tu takderlah pulak... kebetulan sebelah kedai ikan tu ada kedai gunting rambut... apa lagi terus jerlah gunting rambut Faris kat situ... mula-mula ingatkan nak trim jer sikit-sikit, tapi dari segi gaya Si Faris tu tak leh dok diam so jadilah BOTAK cam tu... Jom kita tengok gambar sebelum dan selepas botakkan kepala Muhammad Faris Danish


Rupa Muhammad Faris Danish Sebelum Botak


Rupa Muhammad Faris Danish Lepas DiBotakkan

Dah lepas gunting rambut tu... kami balik ke Putrajaya tapi tak balik umah lagi p kat Dataran Masjid tu... Saja la nak bagi budak-budak tu main...

03 November 2008

:: JaMuAn RaYa JbA ::


Haa... minggu terakhir syawal hari tu opis aku buat jamuan raya... sebelum pi jamuan tu kitorang adalah sessi bergambar ikut bahagian masing-masing untuk dimasukkan dalam Laman Web Jabatan... Tapi kalau ditengokkan kesian rasanya bahagian aku... aku rasa macam ramai jer... upe-upenyer banyak tu jer... sedih tul... patutlah aku pening kepala... he he he... yang kat bawah tu gambar dengan semua kakitangan JBA... meriah tul... gambar reramai tu...

Nie gambar masa on the way nak ke Jamuan Raya tu... Dalam lift pun kira bolehlah... he he he... kat opis kitorang nie sporting belaka... Tengok sampai kat pintu nak gie toilet pun still boleh bergambar.... he he he

Yang nie gambar makanan... banyak lagi sebenarnya tapi aku malas nak ambik he he he... hari tu kitorang makan Laksa Johor, Lemang, Rendang, Sate, Soto, Bihun Sup dan macam-macam lagi... Aku tak makan sangat pun... aku just makan sate jer... tahlah pasai apa aku rasa hari tu perut aku full... dah tak leh masuk dah makanan yang lain...

Yang nie gambaq kengkawan opis yang tengah posing padahal yang kat depan sana tengah dok bagi ucapan...

Yang kat atas nie pulak group 'gedik santai' kat opis aku... nie kira baru sikit punya posing la... ada yang lagi maut pun ada... he he he


Yang paling aku kesian kat makcik yang duduk kat lantai tu... sadis betullah... takder tempat nak duduk sampaikan kat lantai pun jadik... alahai cc awat jadi camtu... yang sorang lagi tu kebiasaan tak opis kami... aku pun buat camtu gak... mana nak habis makan on the dot... so... bawak balik kat tempat duduk sendiri la... kang senang-senang leh makan lagi... he he he
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...