:: UsIa PeRjAlAnAn RuMaHtAnGgAkU ::

Daisypath Anniversary tickers

09 November 2011

“Saya Bukan Ancaman” - Neelofa



“Saya tidak pernah mencari gaduh dengan sesiapa. Saya pun tidak tahu macamana boleh timbul gosip yang mendakwa saya bergaduh dengan Fasha Sandha. Saya tidak ada sebarang masalah dengan Fasha. Malah, kami pernah bergandingan dalam satu sesi fotografi Hari Raya untuk sebuah majalah hiburan baru-baru ini. Harap kenyataan ini menghentikan desas-desus tidak berasas ini,” ujar Neelofa mengulas status hubungan dengan Fasha Sandha.

Memandangkan sebelum ini Neelofa juga dikatakan bergaduh dengan Fazura, timbul juga cakap-cakap yang mengatakan dia dianggap sebagai ancaman terbaru kepada pelakon-pelakon lama. Ini kerana nama Neelofa mula menjadi sebutan ramai penerbit dan pengarah kerana memiliki wajah jelita di samping bakat berlakon.

Mengulas tentang perkara itu, Neelofa dengan rendah diri menjelaskan dia tidak pernah berniat untuk mengancam mana-mana pelakon. Baginya kehadiran dalam industri adalah kerana minatnya dalam lakonan.

“Sebagai pendatang baru, saya tidak melihat kehadiran saya sebagai ancaman kepada mana-mana pelakon baru. Masih banyak yang perlu saya pelajari dalam dunia lakonan ini. Saya juga tidak setuju kalau ada yang mendakwa saya adalah ancaman kepada pelakon-pelakon lama. Bagi saya, setiap pelakon ada rezeki masing-masing. Saya tidak pernah berniat mahu mengganggu sesiapa pun,”ujar Neelofa lagi.
Sumber : Gua.com.my

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...