08 November 2011
Rozita Dikritik "Bajet Cun"!
Bosan, kaku, baca skrip, ‘control’ ayu, tak serasi dan bajet cun! Itulah antara kata-kata yang dilemparkan kepada pelakon cantik, Rozita Che Wan mengenai gaya pengacaraannya ketika mengendalikan Anugerah Skrin 2011, yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Jumaat lalu.
Sebelum ini, ramai pihak yang mempersoalkan tentang keupayaan Rozita dalam mengacarakan anugerah berprestij ini. Mana tidaknya, baru pertama kali ditawarkan mengacara, beliau sudah diberi tanggungjawab besar untuk mengendalikan anugerah secara langsung.
Lebih kasihan, pasangan pengacaranya pada malam itu, Ally Iskandar turut dikatakan kaku gara-gara tidak serasi dengan duta Safi Rania Gold ini. Biarpun dikritik, namun kakak kepada Ayu Raudhah ini tetap gembira kerana sudah melakukan yang terbaik pada malam itu.
“Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan saya puas hati dengan apa yang saya berikan. Bagi saya, mengacara ini tak susah, cuma pada mula-mulanya saja saya agak berdebar,” ujar Rozita yang anggun menggayakan dua persalinan dari Qudyn dan Rizman Ruzaini pada malam itu.
“Saya berdebar sebab perkara yang saya perlu sampaikan itu fakta. Kami terikat dengan skrip dan tak boleh nak buat lawak banyak sangat. Mujur saya tak tersasul apa-apa dan selepas slot kedua, semuanya okay. Walau bagaimanapun, saya lebih selesa kalau skrip itu diselitkan sedikit lawak supaya kami lebih santai.”
Apabila ditanya adakah beliau akan menerima tawaran untuk mengacara jika diberi lagi selepas ini, ibu kepada dua orang anak ini memberitahu, “Saya nak buat sangat sebab seronok. Namun, pada masa yang sama, saya takut juga kalau tiba-tiba saya ‘jem’ di atas pentas.”
Pada majlis tersebut, Rozita turut berkongsi mengenai perkembangan terbarunya di mana beliau akan melancarkan butik tudung, ‘Padusi’ pada Disember ini. Bermaksud wanita yang lemah-lembut dalam bahasa Minang, ‘Padusi’ merupakan hasil perkongsian bersama dua adik perempuannya iaitu Rubytah dan Ayu Raudhah.
“Saya akan cuba habiskan penggambaran drama secepat yang boleh untuk memfokuskan kepada butik tudung kami yang akan dilancarkan paling lewat pada Disember nanti. Butik ini akan dibuka di USJ, Subang dan setakat ini kami sudah mempunyai lebih dari 100 rekaan berharga dari RM79.00 ke atas.”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment