:: UsIa PeRjAlAnAn RuMaHtAnGgAkU ::

Daisypath Anniversary tickers

10 November 2011

"Saya Kesal dan Mohon Maaf" - Chef Riz


“Saya kesal dengan apa yang berlaku dan saya ingin memohon maaf kepada semua terutamanya kepada penonton program MasterChef Malaysia. Saya mengaku memberi gambaran secara berlebihan mengenai kelayakan saya sebelum ini. Saya harap selepas ini tidak ada lagi yang mempersoalkan kredibiliti saya. Sangat menyesal dan berharap penonton boleh memaafkan saya. Saya buat MasterChef kerana saya cintakan bidang masakan. Saya mahu berkongsi ilmu dan pengalaman yang saya ada dengan mereka yang minat memasak. Saya mahu memberi inspirasi kepada mereka.

Insiden ini menjadi pengajaran supaya saya tidak mengulangi perkara yang sama di kemudian hari. Saya berterima kasih kepada pihak Astro kerana menerima penjelasan saya sekaligus memaafkan perbuatan saya itu. Dalam masa yang sama, saya juga memohon kepada The Malaysian Insider supaya tidak memanjang-manjang perkara ini. Saya sudah pun mengakui kesilapan. Saya rasa dimanipulasi oleh pihak berkenaan kerana sehingga kini mereka masih terus-terusan menulis tentang saya. Saya berpendapat apa yang dilakukan oleh penulis, Debra Chong itu memang busuk hati. Memang dia ada menghubungi saya semalam, tetapi saya tidak kenal dia. Dia sengaja memperbesar-besarkan perkara ini.

Ingin saya maklumkan di sini, pihak Astro tidak pernah mempersoalkan kelayakan saya dan mereka menjemput saya sebagai juri atas sebab yakin dengan keupayaan dan kebolehan saya sebagai seorang Chef. Jika Debra masih tidak menghentikan perbuatannya, tidak mustahil saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya. Ini kerana ada sesetengah fakta yang ditulis bukan daripada saya,” ulas Chef Riz panjang lebar selepas berjaya dihubungi.

Janji dengan Chef Wan Jadi Lebih Baik

Mengulas tentang komen Chef Wan dalam laman peminat Facebook miliknya, Chef Riz memberitahu dia faham dengan perasaan ayahnya itu. Jelasnya, bukan senang seorang ayah mengakui kesilapan anak sendiri.

“Memang kami telah bercakap melalui telefon dan ayah saya memang marah dan kecewa dengan tindakan saya itu. Sebagai anak, saya memahami perasan dia. Ini adalah kesalahan saya dan saya harus bertanggungjawab dengan tindakan ini. Saya pun sudah minta maaf pada Chef Wan dan berjanji kepadanya akan jadi insan yang lebih baik selepas ini,” ujar Riz.

Dalam kenyataan dikeluarkan semalam, Astro berkata, cef berusia 29 tahun itu dipilih sebagai juri program sajian itu berdasarkan pengalamannya sebagai pengendali restoran, hos TV dan personalitinya. Berikut profil terbaru Chef Riz yang dikemaskini oleh pihak Astro :

“Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Redzuawan, berumur 29 tahun merupakan juri MasterChef Malaysia paling muda. Anak sulung kepada chef selebriti terkemuka negara iaitu Chef Wan atau Redzuawan Ismail tidak pernah merasakan dirinya dibayangi oleh populariti ayahnya. Malah, beliau sendiri mempunyai rancangan masakannya tersendiri seperti Makan Tapi Diet, Jernal Chef dan Sajian Kontemporari.


Beliau pernah menjadi Chef Kumpulan Eksekutif di MXM International, Marcos Italian Restaurant, Titanium International Bistro, Thai King Crab Seafood Restaurant dan juga Pengarah Culinari di Real Food Corporation Meatworks Steakhouse. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Chef Riz sentiasa menjadikan bapanya sebagai sumber inspirasinya."

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...