:: UsIa PeRjAlAnAn RuMaHtAnGgAkU ::

Daisypath Anniversary tickers

04 November 2011

Justin Bieber Diminta Jalani Ujian DNA

Justin Bieber diminta menjalani ujian DNA bagi menentukan sama ada dia adalah ayah kepada bayi seorang peminatnya.

Mariah Yeater mendakwa dia telah mengandung bayinya, Tristyn Anthony Markhouse Yeater yang dilahirkan pada 6 Julai lalu, setelah mengadakan hubungan seks tanpa perlindungan dengan penyanyi tersebut pada 25 Oktober 2010, selepas dia membuat persembahan di Staples Center, Los Angeles.

Peguam Lance Rogers and Matthew Pare yang mewakili wanita California berusia 20 tahun itu menegaskan, klien mereka sedang melalui undang-undang protokol yang betul dan hanya inginkan penyanyi lagu "Baby" itu untuk memikul tanggungjawabnya sebagai seorang ayah.

Mereka memberitahu majalah Amerika, Star: "Mariah Yeater sedang mengusahakan apa yang dilihat sebagai haknya. Terdapat bukti yang boleh dipercayai bahawa Justin Bieber adalah ayah kepada anaknya. Bukti tersebut akan didedahkan di mahkamah...

"Dia bukannya meminta pampasan yang tinggi. Dia hanya inginkan Justin Bieber memberi sampel DNA-nya untuk mengesahkan bahawa dia adalah ayah kepada anaknya. Dan jika disahkan betul, menyediakan bantuan kewangan seperti yang dikehendaki undang-undang Califonia... Jika Justin Bieber rela melalui ujian paterniti, Cik Yeater mengalu-alukan kerjasamanya dan dengan sukacitanya menyelesaikan isu ini dengan cara yang tertutup."

Bieber telah menafikan dia adalah ayah kepada bayi berusia empat bulan itu, mengeluarkan kenyataan melalui wakilnya menyatakan: "Ia sesuatu yang menyedihkan bila seseorang sanggup memalsukan, berniat jahat dan membuat fitnah yang boleh dibuktikan kepalsuannya."

Dalam tuntutannya, Yeater mendakwa dia telah dihampiri salah seorang pengawal sekuriti Bieber di konsert tersebut dan ditanya jika dia ingin bertemu penyanyi itu, sebelum dibawa ke belakang pentas.

Yeater mendakwa dia dan Bieber mula bercumbuan dan atas cadangan penyanyi itu beralih ke sebuah "tempat yang lebih peribadi", dimana dia memberitahunya, "dia ingin berasmara dengan saya dan ia hanya untuk kali ini sahaja" dan mereka kemudiannya mengadakan hubungan seks yang dikatakan berpanjangan sehingga 30 saat.

Satu pendengaran kes untuk mendengar dakwaan Yeater telah dijadualkan pada 15 Disember depan.

Sumber: Bang Media

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...