1. Majlis Lisa dihadiri kira-kira 1500 orang tetamu.
2. Pihak pengantin turut menyediakan makanan tambahan untuk 100 orang tetamu sekiranya bilangan yang hadir melebihi dari jangkaan.
3. Pelamin yang diinspirasi daripada Ratu Perancis, Marie Antoinette ini disediakan oleh KS Entourage.
4. Uniknya, pelamin vintaj putih ini turut mempunyai dua skrin besar bagi memudahkan tetamu melihat dengan lebih jelas visual yang dipaparkan sepanjang majlis berlangsung.
5. Gaun labuh berwarna ‘champagne’ yang dipakai Lisa direka khas oleh Putra Aziz dari Butik Cosry. Difahamkan gaun yang menggunakan kain lace organza dan batu swaroski ini diilhamkan daripada gaun pengantin diraja, Kate Middleton.
6. Persalinan tradisional Yusry turut direka oleh Putra. Difahamkan songket dari Nor Atikah Songket yang dipakai Yusry pada malam itu berharga kira-kira RM15,000.
7. Juadah disediakan oleh Kuzie Catering.
8. Lisa disolek oleh jurusolek selebriti terkenal, Khir Khalid.
9. Kebiasaannya pengantin akan diarak masuk bersama-sama ke dalam dewan, namun tidak bagi pasangan ini. Pengantin perempuan tiba tepat jam 9.05malam diikuti pula pengantin lelaki jam 9.12malam.
10. Lisa diiringi ‘gadis bunga’ seramai 6 orang.
11. Ketika hendak duduk di pelamin, Yusry nampak begitu romantik apabila mencium tangan Lisa.
12. Lagu yang berkumandang di dalam dewan adalah pilihan dari Yusry sendiri khas untuk Lisa.
13. Tetamu pada malam itu turut dihiburkan dengan persembahan dari Forteen, Jaclyn Victor dan Aizat.
14. Sebelum menyanyi, Aizat bertanya kepada tetamu sama ada mereka mempunyai ‘pick’ gitar. Aizat terpaksa bermain gitar dengan menggunakan simcard kerana terlupa membawa ‘pick’. Mujur ada seorang gadis naik ke pentas dan memberikannya ‘pick’.
15. Selain persembahan nyanyian, tetamu turut disajikan dengan rakaman visual detik-detik perkenalan Yusry & Lisa serta ucapan tahniah dari keluarga. Menariknya, Erra Fazira turut memberi ucapan khas buat Yusry dengan mendoakan bekas suaminya itu bahagia hingga ke anak cucu.
16. Difahamkan, Yusry mahupun Lisa tidak pernah melihat busana pengantin pasangan masing-masing sehinggalah sebelum majlis resepsi berlangsung. Malah, ketika sesi ‘fitting’ pun, mereka tidak pergi bersama-sama kerana inginkan kejutan.
17. Majlis secara tidak rasminya tamat jam 10.35malam.
18. Dek tidak mahu melepaskan peluang bersalaman dengan pengantin, tetamu yang hadir sanggup beratur panjang, dan secara rasminya, majlis selesai jam 12 tengah malam.
19. Para tetamu tidak mahu melepaskan peluang untuk bergambar kenangan dengan artis yang hadir.
20. Skrin besar turut diletakkan di luar dewan bagi memberi peluang kepada orang luar untuk sama-sama melihat hari bahagia Yusry dan Lisa.
Sumber: GUA.COM
08 March 2012
Penjawat awam terima bayaran tunggakan Mac atau April
08/03/2012 2:30pm
Oleh THOMAS CHONG
PUTRAJAYA 8 Mac – Para penjawat awam seluruh negara dijangka menerima bayaran tunggakan gaji pada bulan ini atau bulan depan berikutan pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan pengembalian kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, bayaran tunggakan berasaskan gaji pokok terkini itu akan dikira mulai 1 Januari 2012.
“Cara pembayaran tunggakan iaitu sama ada sekali gus atau berperingkat-peringkat, bagaimanapun perlu ditentukan oleh bahagian sumber manusia agensi masing-masing.
“Ini kerana gaji tersebut perlu dikira semula, tetapi bagus juga kalau ia dibayar sekali gus,'' katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Khas Penjawat Awam bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini, hari ini.
Dalam perhimpunan tersebut, Najib mengumumkan pelarasan gaji 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana serta pelarasan antara tujuh peratus hingga sembilan peratus untuk kumpulan lain. - UTUSAN

Inti pati pengumuman Perdana Menteri untuk penjawat awam
08/03/2012 1:43pm
PUTRJAYA 8 Mac – Berikut inti pati pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika perhimpunan khas bersama penjawat awam di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.
* Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dibatalkan dan mengekalkan Skim Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.
* Penubuhan sebuah suruhanjaya untuk mengkaji secara komprehensif sistem saraan bagi penjawat awam pada masa depan.
* Pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54 iaitu bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (sembilan peratus), Gred Turus 3 dan 2 (lapan peratus) dan Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus).
* Jadual gaji matriks diubah suai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM.
* Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA) dinaikkan kepada RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B manakala bagi kawasan C dinaikkan kepada RM150 daripada RM100.
* Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK), Bayaran Insentif Wilayah (BIW), Bayaran Insentif Pedalaman (BIP) dan Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) dikekal pelaksanaannya mengikut peraturan sedia ada di bawah SSM.
* Keputusan penambahbaikan laluan kerjaya berasaskan prinsip “time-based” Pegawai Perkhidmatan Pendidikan seperti yang diumum dalam Bajet 2012 dikekalkan. - UTUSAN

Gaji Naik 13%, KGT RM80-RM340 !!!
Kenaikan 13 peratus bagi kumpulan Pengurusan dan Profesional
08/03/2012 11:37am
PUTRAJAYA 8 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelarasan gaji 13 peratus bagi kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54.
Pelarasan dibuat berdasarkan Jadual Gaji Matriks Sistem Saraan Malaysia (SSM) berikutan pembatalan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam hari ini.
Najib mengumumkan perkara tersebut ketika berucap pada majlis perjumpaan khas bersama kira-kira 10,000 penjawat awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini. - UTUSAN
Gaji Minimum-Maksimum ganti struktur gaji SSM - PM
08/03/2012 1:33pm
PUTRAJAYA 8 Mac - Jadual Gaji Minimum -Maksimum diperkenalkan menggantikan struktur gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Jadual gaji yang diubah suai itu menyaksikan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) bagi Gred 1 hingga Gred 54 sebanyak RM80 hingga RM320 mengikut gred.
Kadar KGT bagi JUSA dan ke atas kekal menggunakan KGT SSM dengan diberi pelarasan mengikut peratusan yang ditetapkan. - UTUSAN

01 March 2012
KaLiMah 'ALLAH' PaDa HirIsaN DaGiNg
Gambar Hirisan Daging Yang Sempat Aku Ambik...
APA PENDAPAT KORANG?
Actually perakara nie dah lama berlaku, coz aku tak sempat nak update blog nie... jadik lambat aku share entry nie.
Ini berlaku kat umah aku sendiri, tapi masa aku mula2 potong daging tu aku dah perasan yang urat dia macam ada kalimah 'ALLAH' but aku pikir mungkin perasaan aku aja. And then aku masak seperti biasa, aku buat Tomyam...
So lepas masak aku nak hidang n aku perasan yang kalimah 'ALLAH' tu makin jelas bila daging tu dah kembang. So aku bagitau hubby n hubby pun mengiyakan yang dia pun nampak yang hirisan daging tu ada kalimah 'ALLAH'. Seingat aku dalam 6 slice daging tu...
So aku nak berkongsi ngan korang pengalaman aku nie, selalunya aku tengok kat internet jer... but now pengalaman itu berlaku pada aku sendiri... itulah ALLAH SWT MAHA BERKUASA...
Subscribe to:
Posts (Atom)