:: UsIa PeRjAlAnAn RuMaHtAnGgAkU ::

Daisypath Anniversary tickers

09 April 2014

Fridge Magnet Board For SaLe !!!! (HarGA TerKInI 21 MAC 2014)

(Gambar diatas adalah untuk hiasan sahaja :) FM tidak disertakan)

Anda tercari-cari tempat yang sesuai untuk menyimpan FM (Fridge Magnet) anda tanpa merosakkan peti ais anda. Kami menyediakan BOARD khas untuk FM anda :).

* Tanpa mencalarkan surface peti ais.
* Tanpa gangguan pada FM seperti jatuh dan rosak apabila buka/tutup peti ais.
* Dapat dijadikan hiasan sesuai diletakkan di mana2 ruang dalam rumah.
* FM takkan mengelongsor if FM berat sepertimana dilekatkan pada magnetic board biasa.
HARGA YANG BERPATUTAN
* Terdapat dalam pelbagai saiz yang sesuai untuk ruang anda.
* Bingkai bercorak.

Tempahan telah dibuka semula. Dibawah list price terbaru (Dikemaskini 21 Mac 2014)

1'x2' = RM 35
1'x3' = RM 45
2'×2' = RM 55
2'x3' = RM 75
2'x4' = RM 100
3'x3' = RM 120
3'x4' = RM 140 

Warna Background: Hitam, Putih, Varnis Walnut or Mohagany 

Self Pickup at Blok A1-Zone, Jalan P11 A2/ 2, Presint 11 - FREE 

Kos post (POS LAJU) termasuk pembungkusan 
(tidak termasuk sabah dan sarawak) :

1'x2' (30cm x 60cm) - RM15
1'x3' (30cm x 90cm) - RM15
2'x3' (60cm x 90cm) - RM 25
2'×2' (60cm x 60cm) - RM 25
3'x3' (90cm × 90cm) - RM 35
2'x4' (60cm × 120cm) - RM 35
3'x4' (90cm × 120cm) - Hanya untuk self pickup sbb besar sangat

Tempahan akan siap dalam tempoh 2 minggu dari tarikh pembayaran dijelaskan

Untuk contoh board: leh rujuk disini
https://www.facebook.com/media/set/?set=oa.578621345539280&type=1 

22 July 2013

:: KuiH TAKO ::


Last week... member opis bercerita pasal kuih muih nie... so aku teringat masa aku belajar dulu kitorang buat kuih TAKO. Aku memang kurang sikit klu makan kuih tepung pelita, so aku teringin sangat nak makan kuih TAKO. Kat PASAR RAMADHAN banyak yang jual kuih tepung pelita x der org jual kuih tako.

So tergeraklah hati aku nak buat kuih TAKO nie yang pada hakikatnya aku hanya buat sekali jek masa aku sekolah kat vokay dulu... Kira aku belasah cuba buat balik hehehehe dah 16 tahun weh... mujur buku resepi ada lagi hehehehehe.... dan mujur jugak member2 opis tolong buat bakul pandan hehehehehe... tq friends..

So aku nak share resepi nie ngan korang... sapa nak try leh buat ek...

BAHAN

A

70 gm Tepung Hon Kwee (Hijau)
800 ml Air Sejuk
200 gm Gula Pasir
1/2 cmt rata Garam Halus
2 helai Daun Pandan
4-8 biji Sengkuang Cina (dipotong dadu kecil)

B

500 gm Kelapa Parut - 600ml Santan
45 gm Tepung Jagung
1 cmt Garam Halus
2 helai Daun Pandan

30 biji Bakul Pandan

KAEDAH

A

1. Bancuh tepung Hon Kwee dengan air sejuk dalam periuk
2. Masak hingga pekat dan jernih, masukkan gula, garam dan daun pandan.
3. Masukkan sengkuang cina. Masak sebentar.
5. Tuang dalam bekas pandan

B

1. Bancuh tepung jagung dengan santan.
2. Masak hingga pekat (api sederhana) dan masuk garam dan daun pandan. Masak sebentar.
3. Tuang panas-panas atas adunan A
4. Sejukkan.

CATATAN

1. Jika suka, boleh guna jus pandan untuk adunan A, Hiris dan kisar 6 helai daun pandan serta sedikit air. Perah jusnya dan tapis.
2. Guna TEPUNG HON KWEE yang TIDAK ADA WARNA (PUTIH)

Selamat mencuba..... nyum nyum nyum...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...