:: UsIa PeRjAlAnAn RuMaHtAnGgAkU ::

Daisypath Anniversary tickers

24 April 2012

LaNGKaWI FamiLy TriP - ParT 1 - DATARAN LANG n BIRD PARADISE

Hai... entry nie nak cite hal kitorang g family trip masa school break last month... hehehe... actually aku dah booked lama dah RPP Langkawi, rasanya last year lagi... Mujur boleh ubah date booked hari tu coz aku booked time dah lepas school break... actually saja nak bawak anak-anak berjalan2... dalam masa yang sama mak dia nak berjalan jugak hehehhe...

Nie masa kitorang kat Dataran Lang... my first day...

 Second destination : BIRD PARADISE... leh ler pegi... so far tak der mender sangat hehehehe
On the way balik leh singgah IDAMAN SURI coz they are a same route..

Our Rooms @ FEDERAL VILLA LANGKAWI... ONLY RM 55 FOR GOVERMENT SERVENT...
BOOKED BY BPH, JPM... If direct to HOLIDAY VILLA tak dapat price tu hehehehe... 

Tiket FERI KUALA PERLIS - LANGKAWI....

23 April 2012

BaNyaKnyA SawAng!!!!

Huhuhu... sian blog akunie kan... sekarang nie dah tak banyak masa aku nak update blog nie... plus dengan VITAMIN 'M' yang bertambah so lagilah malas nak berfikir hehehehe... So aku akan cuba meluangkan masa aku bagi tidak menambahkan lagi sawang-sawang yang sediada :)

TUNGGU EK... LUV U ALLS

08 March 2012

Fakta Menarik Resepsi Yusry & Lisa

1. Majlis Lisa dihadiri kira-kira 1500 orang tetamu.

2. Pihak pengantin turut menyediakan makanan tambahan untuk 100 orang tetamu sekiranya bilangan yang hadir melebihi dari jangkaan.

3. Pelamin yang diinspirasi daripada Ratu Perancis, Marie Antoinette ini disediakan oleh KS Entourage.

4. Uniknya, pelamin vintaj putih ini turut mempunyai dua skrin besar bagi memudahkan tetamu melihat dengan lebih jelas visual yang dipaparkan sepanjang majlis berlangsung.

5. Gaun labuh berwarna ‘champagne’ yang dipakai Lisa direka khas oleh Putra Aziz dari Butik Cosry. Difahamkan gaun yang menggunakan kain lace organza dan batu swaroski ini diilhamkan daripada gaun pengantin diraja, Kate Middleton.

6. Persalinan tradisional Yusry turut direka oleh Putra. Difahamkan songket dari Nor Atikah Songket yang dipakai Yusry pada malam itu berharga kira-kira RM15,000.

7. Juadah disediakan oleh Kuzie Catering.

8. Lisa disolek oleh jurusolek selebriti terkenal, Khir Khalid.

9. Kebiasaannya pengantin akan diarak masuk bersama-sama ke dalam dewan, namun tidak bagi pasangan ini. Pengantin perempuan tiba tepat jam 9.05malam diikuti pula pengantin lelaki jam 9.12malam.

10. Lisa diiringi ‘gadis bunga’ seramai 6 orang.

11. Ketika hendak duduk di pelamin, Yusry nampak begitu romantik apabila mencium tangan Lisa.

12. Lagu yang berkumandang di dalam dewan adalah pilihan dari Yusry sendiri khas untuk Lisa.

13. Tetamu pada malam itu turut dihiburkan dengan persembahan dari Forteen, Jaclyn Victor dan Aizat.

14. Sebelum menyanyi, Aizat bertanya kepada tetamu sama ada mereka mempunyai ‘pick’ gitar. Aizat terpaksa bermain gitar dengan menggunakan simcard kerana terlupa membawa ‘pick’. Mujur ada seorang gadis naik ke pentas dan memberikannya ‘pick’.

15. Selain persembahan nyanyian, tetamu turut disajikan dengan rakaman visual detik-detik perkenalan Yusry & Lisa serta ucapan tahniah dari keluarga. Menariknya, Erra Fazira turut memberi ucapan khas buat Yusry dengan mendoakan bekas suaminya itu bahagia hingga ke anak cucu.

16. Difahamkan, Yusry mahupun Lisa tidak pernah melihat busana pengantin pasangan masing-masing sehinggalah sebelum majlis resepsi berlangsung. Malah, ketika sesi ‘fitting’ pun, mereka tidak pergi bersama-sama kerana inginkan kejutan.

17. Majlis secara tidak rasminya tamat jam 10.35malam.

18. Dek tidak mahu melepaskan peluang bersalaman dengan pengantin, tetamu yang hadir sanggup beratur panjang, dan secara rasminya, majlis selesai jam 12 tengah malam.

19. Para tetamu tidak mahu melepaskan peluang untuk bergambar kenangan dengan artis yang hadir.

20. Skrin besar turut diletakkan di luar dewan bagi memberi peluang kepada orang luar untuk sama-sama melihat hari bahagia Yusry dan Lisa.

Sumber: GUA.COM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...