:: UsIa PeRjAlAnAn RuMaHtAnGgAkU ::

Daisypath Anniversary tickers

29 October 2011

Siti Nurhaliza Ada Sebab Jadi Juri Tetap MLM


Sebaik Datuk Siti Nurhaliza diperkenalkan sebagai salah seorang juri tetap program Maharaja Lawak Mega(MLM) pada malam kelmarin, ramai yang tertanya-tanya mengapa Siti bersetuju untuk menerima tanggungjawab itu sedangkan sebelum ini banyak tawaran ditolak.

Bukanlah menjadi kesalahan untuk Siti menggalas jawatan juri tetap di MLM, tetapi persoalannnya, mengapa memilh program yang tidak ada kena dengan nyanyian?

Menjawab persoalan itu, Siti yang ditemui selepas MLM bersiaran malam tadi memberitahu, beliau sebenarnya berasa terkejut apabila pihak Astro menghubunginya untuk berbincang tentang tanggungjawab terbarunya itu. Ini kerana beliau bimbang tidak boleh memberi komen yang baik memandangkan lawak jenaka bukanlah kepakarannya.

“Pada mulanya memang Siti rasa tidak yakin untuk terima tawaran ini sebab Siti bukannya pandai tentang lawak jenaka. Tetapi, pihak Astro beritahu itu adalah sebab utama mereka memilih Siti. Mereka mahu barisan juri tetap ini tidak ada kena-mengena dengan lawak jenaka atau komedi. Mereka mahu komen yang jujur mewakili penonton yang juga tidak arif tentang lawak jenaka.

Setelah difikir-fikirkan, Siti sedia terima tugas ini. Lagipun Siti memang mengikuti program komedi ini iaitu sejak musim Raja Lawak. Siti suka tengok sebab ia menghiburkan dan boleh menghilangkan tekanan setelah sentiasa sibuk dengan jadual kerja yang padat,” ulas Siti.

Siti juga menafikan jadual kerjanya menjadi sedikit terjejas kerna terpaksa memberi komitmen kepada MLM. Jelas sahabat baik Krisdayanti ini, sebelum bersetuju beliau telah pun berbincang dengan pengurusnya, Rozi Abdul Razak, dan kebetulan pada setiap malam Jumaat beliau tidak terikat dengan sebarang komitmen lain.

Mengulas MLM secara keseluruhan, Siti berpendapat program ini sangat bagus kerana ia menggabungkan peserta-peserta terbaik daripada tiga buah negara iaitu Malaysia, Thailand dan Singapura.

“Dengan adanya program sebegini kita boleh melihat bagaimana pelawak-pelawak lebih senior dan berpengalaman menggarap idea mereka. Kalau kita lihat tadi (kelmarin), kebanyakkan yang senior lawak mereka lebih bersahaja. Dengan idea yang ringkas mereka dapat membuat penonton ketawa.

Selain itu, kita juga boleh melihat cara dan gaya pelawak-pelawak dari Singapura dan Indonesia. Ada bezanya, tetapi tetap menghiburkan,” tambah Siti lagi.

Sumber : Gua.com.my

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...