:: UsIa PeRjAlAnAn RuMaHtAnGgAkU ::

Daisypath Anniversary tickers

17 January 2012

Penafian Frankfurter Berjenama RAMLY Mengandungi DNA Babi




Penjelasan dari Pihak Ramly Food Processing atas entri dari rakan blogger aku FAZROL telah diperolehi. Sekiranya korang masih sangsi lagi, Korang boleh hubungi sendiri pihak yang berkaitan dan nombor talipon telah aku sertakan sekali. Kesimpulannya terdapat Unsur Fitnah telah berlaku dan Laporan Polis telah dibuat. Berikut adalah petikan email dari Encik Mohamad Rafizie Bin Kastor beserta maklumat-maklumat penting.

Assalamualaikum.
Saudara / saudari yang dimuliakan, berhubung dengan dakwaan kononnya pemilik Syarikat Ramly telah bertukar tangan kepada individu bukan islam adalah suatu fitnah dan tidak benar sama sekali. Pengasas syarikat Ramly iaitu Dato' Hj. Ramly Bin Mokni bersama isteri, Datin Hajjah Shala Siah Binti Abdul Manap merupakan pemilik 100% kumpulan Syarikat Ramly adalah seorang muslim yang telah bertapak lebih dari 30 tahun serta syarikat diurus oleh 1000 orang kakitangan yang 100% muslim tidak mungkin melakukan perkara yang ditegah oleh agama.

Sebarang pertanyaan lanjut, saudara / saudari boleh berhubung di talian 03-61842972.
Sekian, terima kasih.

Mohamad Rafizie B Kastor,
Eksekutif Hal Ehwal Islam - Halal,

Ramly Food Processing Sdn Bhd,
No. 1-4, Jalan 37/10A,
Taman Perindustrian IKS,
Mukim Batu,
68100 Kuala Lumpur.
Mobile: 6013-2989406
Tel: 603-6184 2972 Fax: 603-6187 4924

KENYATAAN EMAIL :-


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

01hb Disember 2011

Kepada
YANG BERKENAAN

PENAFIAN FRANKFURTER BERJENAMA RAMLY MENGANDUNGI DNA PORCINE (KHINZIR)

Perkara di atas adalah dirujuk.

Kami menafikan sama sekali dakwaan tersebut. Tidak pernah dalam amalan pembuatan kami dan perniagaan kami berlaku perkara sebegini. Proses pembuatan kami diselia rapi oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar, JAKIM dan jabatan lain yang berkaitan sebagai mengekalkan prestasi pembekal produk halal (lampiran sijil JPV / surat Pejabat Kesihatan Daerah Kulim).

Saya, Dato’ Haji Ramly Bin Mokni, isteri dan keluarga merupakan pemilik 100% kumpulan syarikat Ramly dan tanda niaga RAMLY, adalah seorang muslim dan amat menitik berat soal hukum halal haram dan perniagaan yang telah bertapak lebih dari 30 tahun serta syarikat ini diurus oleh 1,000 orang kakitangan yang 100% muslim tidak memungkinkan melakukan perkara yang ditegah oleh agama. (lampiran carian syarikat SSM).

Kami juga mempunyai jabatan halal yang diketuai oleh Ustaz Mohamad Rafizie Bin Kastor (berkelulusan dalam bidang syariah dari Universiti Sains Islam Malaysia) dan kami juga telah menubuhkan jawatankuasa halal dalaman yang dianggotai oleh semua jabatan terlibat dalam pemprosesan untuk mengeluarkan produk mengikut standard manual JAKIM (lampiran sijil halal JAKIM / keputusan ujian DNA makmal Technology Park Malaysia Biotech).

Pengguna boleh berhubung terus dengan Bahagian Hub Halal JAKIM ditalian 03-8315 0200 untuk sebarang penjelasan lanjut (jika ada).

Terdapat penggunaan pembungkusan bukan milik Ramly Food Processing Sdn Bhd dengan nombor batch yang tidak tepat, dan perkara ini dalam tindakan polis dan pejabat kesihatan bagi mengenalpasti pihak-pihak yang melakukan sabotaj terhadap produk kami.

Dalam keadaan ini kami memberi amaran terhadap mana-mana pihak yang sedang atau cuba memfitnah terhadap produk dan organisasi Kumpulan Syarikat Ramly supaya memberhentikan perbuatan ini serta merta dan kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sivil atau jenayah fitnah terhadap pihak-pihak yang masih melakukan perbuatan ini.

Sila ambil perhatian tegas mengenainya.

Yang benar,

DATO’ HAJI RAMLY BIN MOKNI
Pengarah Urusan
Kumpulan Syarikat Ramly

Ini FITNAH.. kesian kat pakcik Ramly yg dah tunaikan fardu kifayah untuk bagi kita semua umat Islam kat Malaysia hari ni makan makanan halal selama 27 tahun dengan yakin halalal toyyiban.. mesti ni ada yg dengki pasal jenama dia tak laku..

Fakta #1 : RAMLY FOOD PROCESSING SDN BHD tiada kilang di Yan Kedah!
Rujukan :
http://www.ramly.com.my/Ramly%20Web(Home%20C%20P.html

Fakta #2: Jabatan Kesihatan Kedah tiada Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan.

Nama Hj. Mohamad Khairuddin Mohd Talib pun tak wujud sbg Timb. Pengarah..

sila rujuk laman web rasmi JKN Kedah :-

http://jknkedah.moh.gov.my/v2/modules/mastop_publish/?tac=Carta_Organisasi

Sekian wasalam.. jgn kita jadi agen penyebar fitnah.. Wallahualam

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...